[VIDEO] Fenomena Mengejutkan! Gunung Berapi Lumpur Mele.tus Di Lahad Datu, Sabah

Semalam tular video gunung berapi lumpur mele.tus memun.tahkan lumpur hingga setinggi 20 kaki dalam jumlah yang banyak. Kejadian berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah pada sekitar 10.00 pagi semalam.

Fenomena menarik yang berlaku dalam 3 minit serta mengejutkan itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh individu yang kebetulan berada berhampiran lokasi gunung berapi lumpur terbabit.

Video fenomena itu kemudian dikongsi netizen di laman Facebook masing-masing dengan kebanyakan komen menyuarakan ketakjuban mereka terhadap fenomena berkenaan.

Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena itu dengan kemungkinan berlaku gem.pa bumi memandangkan kejadian ge.garan semula jadi sudah menjadi perkara biasa di Sabah terutama selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 2015.

Pakar Geologi Beri Penjelasan

Bagaimanapun, pakar geologi Sabah Prof Dr Felix Tongkul ketika dihubungi malam ini berkata, fenomena letusan gunung berapi lumpur itu adalah perkara biasa yang berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.

Prof Dr Felix

“Keadaan ini berulang bila teka.nan terkumpul pada sesuatu masa tertentu. Kejadian v0lkano lumpur seperti ini (lebih aktif) kadang-kadang berlaku semasa kejadian gem.pa bumi,” katanya menerusi Whatsapp.

Kewujudan gunung berapi lumpur bukan sesuatu yang baharu di Sabah, malah selain di Tabin, ia juga boleh ditemui di daerah lain dengan antara yang popular di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu.

Pulau Tiga

Malah, Pulau Tiga yang kini menjadi tarikan pelancongan di Sabah dikatakan terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi lumpur pada 1897 berikutan gempa bumi di Mindanao, selatan Filipina.

Letu.san Kecil Berterusan Beberapa Minit

Menerusi Facebook Tabin Wildlife Resort, muntah lumpur itu berlaku berterusan dalam beberapa minit sebelum ia benar-benar berhenti.

Pelancong yang ada di situ turut teruja dan bertuah menyaksikan pengalaman tersebut.

 

 

Menurut laman tersebut lagi, lumpur tersebut tidak panas serta meliputi kawasan yang luas hingga mencecah menara ‘Lipad Mud Tower’ tempat di mana mereka menyaksikan kejadian itu.

Sumber : Hmetro / Facebook Tabin Wildlife

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *