Wang Simpanan Dimakan Anai-Anai, Impian Suci Pak Guard Sekeluarga Tak Kesampaian

Hampir 3 tahun menabung wang, lelaki ini berputih mata melihat wang kertasnya rosak han.cur dek dimakan serangga. Wang yang ditabung kira-kira 2 tahun setengah itu diniatkan bagi impian suci.

Namun, harapan berkecai. Lelaki dan keluarganya yang berada di Solo, Jawa Tengah, Indonesia ini  mahu menunaikan haji bersama, namun terkedu dengan mus.nahnya wang simpanan sebanyak 50 juta rupiah (RM15,181) mereka dikerjakan anai-anai.

Kisah Samin, 53 yang berkerja sebagai pengawal keselamatan sekolah itu tular di media sosial dan meraih simpati ramai pihak.

Cerita lelaki itu, beliau pada mulanya mahu memeriksa kesemua duit yang disimpan di dalam tabung plastik di rumah beliau baru-baru ini.

Namun, lelaki berkenaan terkejut apabila hampir separuh wang kertas yang dikumpul bersama isteri dan 2 anaknya r0sak teruk.

Selain bekerja sebagai ‘jaga’ di sekolah, Samin serta isterinya turut mengusahakan kantin di sekolah rendah tersebut.

“Habis semua wang kertas menjadi kepingan kecil disebabkan dimakan anai-anai,” katanya.

Tak Simpan Di Bank Kerana Sibuk Bekerja

Difahamkan, Samin membiarkan tabung simpanan tersebut di dalam rumahnya kerana tidak mahu berulang-alik ke bank kerana kesibukan bekerja.

“Saya tidak terfikir wang di dalam tabung akan r0sak sebab simpan dalam bekas plastik dan biarkan ia penuh dahulu baru periksa.

“Kami sekeluarga tak putus-putus menyimpan sekurang-kurangnya 100,000 rupiah (RM30) atau 50,000 rupiah (RM15) setiap hari, namun lain pula yang jadi,” katanya.

Sebahagian Masih Boleh Diselamatkan

Pun begitu, Samin bersyukur apabila sebahagian wang simpanan masih boleh diselamatkan.

Ini kerana selepas dihitung kesemua duit tersebut, jumlah keseluruhan mencecah lebih 100 juta rupiah (RM30,363).

Usaha Bawa Ke Bank

Pengawal keselamatan itu cuba untuk menyelamatkan sisa wang yang r0sak ke bank berhampiran, namun keputusannya pada awalnya cukup mengec.ewakan.

Namun, Ketua Pejabat Perwakilan Bank Indonesia Solo, Nugroho Joko Prastowo berkata, wang kertas yang r0sak boleh diganti baharu dengan syarat tertentu.

“Duit tersebut mestilah yang asli dan masih berbentuk sekurang-kurangnya 2/3 atau 68 % daripada ukuran asal,” katanya.

Selepas disemak, sebanyak 20 juta rupiah (RM6,068) yang r0sak sahaja boleh diselamatkan.

Tawaran Haji Umrah Percuma Datang Bergolek

Selepas tular kisah mal.ang keluarga itu, difahamkan tawaran percuma untuk menunaikan umrah dan haji datang bergolek.

Sekurang-kurangnya 10 tawaran diterima Samin dan keluarganya daripada individu yang prihatin dengan insiden yang menimpa mereka.

Pun begitu menurut Samin, dirinya yang masih berse,dih belum membuat keputusan rasmi sama ada mahu menerima peluang tersebut atau sebaliknya.

“Alhamdulillah ramai yang mahu bantu, tapi saya mahu menenangkan fikiran dahulu. Saya bimbang akan timbul masa.lah lain,” katanya.

Anak Presiden Simpati, Tampil Beri Tawaran

Kejadian menye.dihkan itu tersebut turut menerima reaksi Datuk Bandar Solo, Gibran Rakabuming Raka.

Pemimpin berkenaan menasihatkan penduduk supaya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan bertindak bijak dengan menyimpan wang di bank.

“Saya ambil maklum dengan kejadian yang berlaku dan pihak bank juga sudah menjelaskan hal sebenar.

“Melihat niat yang murni mahu menunaikan haji, saya terpanggil untuk membantu keluarga tersebut,” kata putera sulung kepada Presiden Joko Widodo itu.

Menabung adalah amalan yang mulia, namun cara menyimpan kenalah berhati-hati. Semoga insiden yang berlaku memberi iktibar kepada semua.

Semoga Pak Samin sekeluarga dimurahkan lagi rezeki yang lebih baik, dikabulkan niat murni mereka hendak pergi haji.

Sumber : Sinarplus / Tribunnews

Leave a Reply

Your email address will not be published.