Bandar-bandar Berpantai Asia Semakin Pesat TenggeIam, Kesan Kenaikkan Paras Laut Yang Bertambah Bu’ruk

Bandar-bandar Berpantai Asia Semakin Pesat TenggeIam

Satu kajian oleh penyelidik dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mendapati bahawa terdapat kawasan-kawasan bandar berpantai yang tenggeIam dengan pesat sekaligus dijangka akan menyebabkan kesan peningkatan paras laut berada pada tahap membimb4ngkan.

Penyelidikan tersebut telah diketuai oleh NTU dengan kerjasama pasukan saintis antarabangsa dari University of New Mexico, ETH Zürich dan Jet Propulsion Lab NASA diuruskan oleh California Institute of Technology.

Bandar yang dijangka ‘tenggeIam’ dengan pesat tertumpu di Asia

Gambar hiasan

Memetik Mothership, untuk mengukur kadar tanah yang tenggelam, kajian itu telah meneliti imej satelit bagi 48 bandar pantai dari 2014 hingga 2020 menggunakan sistem pemprosesan berasaskan awam yang digelar Interferometric Synthetic Aperture Radar (InSAR).

Kawasan bandar pantai dipilih berdasarkan jumlah penduduk (sekurang-kurangnya 5 juta pada tahun 2020) dan tahap kedekatan dengan pantai (50 km dari pantai). Singapura merupakan salah satu bandar yang terlibat dalam kajian tersebut.

Gambar hiasan

Difahamkan, kajian telah mendapati median kelajuan tenggeIam merentasi 48 bandar adalah 16.2mm setahun. Manakala, beberapa kawasan darat mempunyai kelajuan tenggeIam sebanyak 43mm setahun.

Menurut kajian juga, bandar yang mengalami kadar paling cepat tenggeIam tertumpu di negara-negara Asia terutama sekali Asia Tenggara.

Gambar hiasan

Antara bandar yang mempunyai kadar tenggelam dengan pesat secara purata termasuk Tianjin (China), Hi Chi Minh City (Vietnam), Chittagong, (Bangladesh), Yangon (Myanmar), Jakarta (Indonesia) dan Ahmedabad (India).

Dalam pada itu, banyak bandar yang mempunyai kadar jangkaan tenggeIam yang agak tinggi adalah bandar-bandar besar yang kini sedang berkembang pesat.

Kawasan yang tenggelam akan membu rukkan masaIah yang dihadapi oleh kawasan pulau dan bandar berhampiran pantai dengan peningkatan paras laut apabila glasier dan kepingan ais terus mencair.

Gambar hiasan

Apabila kadar kawasan darat yang ditenggeiami air  meningkat, maka kadar relatif kenaikan paras laut juga akan meningkat.

Selain itu, anggaran kadar kenaikan paras laut semasa secara purata adalah 3.7mm setahun. Keputusan kajian juga menyimpulkan bahawa kadar kawasan tenggeIam mempunyai perubahan yang lebih tinggi daripada anggaran semasa oleh Panel Antarabangsa mengenai perubahan iklim.

Ini bermaksud, kadar mungkin akan jauh lebih tinggi daripada apa yang difikirkan.

Kajian membolehkan penyelidikan dan penggubalan dasar masa hadapan.

Penuntut PhD di Asian School dan Balai Cerap Bumi Singapura NTU, Cheryl Tay telah menghuraikan kesan penemuan kajian dalam siaran berita NTU.

“TenggeIamnya kawasan pantai yang pesat disebabkan oleh pengekstrakan air bawah tanah. Hal ini membimb4ngkan negara Asia di mana banyak bandar pantai kini menjadi pusat membangun.

“Dalam masa yang sama, terdapat juga permintaan tinggi untuk pengekstrakan air bawah tanah untuk memenuhi keperluan air penduduk yang semakin meningkat,” jelasnya.

Selain itu, dia juga mengatakan bahawa dengan anggaran bandar pesisir pantai yang padat dengan penduduk pesat tenggeIam, ia mungkin akan menghaIang jangkaan banjir pantai yang akan melanda dalam masa sedekad dari sekarang.

Sumber: Mothership

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *