Mengharukan, 2 Warga Emas Berpimpin Tangan Ke Masjid Tiap Hari, Rupanya..

Sahabat hingga ke syurga. Itu yang disifatkan ramai terhadap 2 sahabat warga emas lelaki ini.

Gelagat mereka berjalan kaki sambil berpimpin tangan ke masjid menyen,tuh hati ramai. Tingkah mereka dirakam oleh seorang wanita yang merupakan anak kepada salah seorang daripada mereka.

Menerusi perkongsian video wanita di akaun TikTok @4clover, dia berterima kasih terhadap sahabat bapanya itu kerana sering membantu dan menemani warga emas tersebut ke masjid setiap kali masuk waktu solat.

Rupanya, Salah Seorang Ada Masalah Penglihatan

“Ayah dah tak nampak, tapi sahabat ayah hari-hari datang tolong bawakan ke masjid,” tulisnya di dalam video tersebut.

Hantaran di laman TikTok tersebut tertulis, “Terima kasih pak cik selalu jagakan ayah di masjid, semoga syurga buatmu,”

Menurut gadis tersebut, pak cik berkenaan akan selalu menunggu di halaman rumah sebelum berjalan bersama-sama bapanya menuju ke masjid berdekatan yang terletak berdepan dengan rumahnya.

 

 

Reaksi Warganet

Sehingga kini, video tular itu telah meraih lebih sejuta tontonan dan hampir 260 ribu tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut sama berasa terharu dengan persahabatan 2 warga emas tersebut.

Mereka juga mengakui bukan senang mendapatkan seorang sahabat yang setia seperti yang ditunjukkan oleh pak cik tersebut kerana sanggup menunggu serta memimpin sahabatnya untuk sama-sama beribadah di masjid.

Sementara itu, orang ramai juga mendoakan agar kedua-dua mereka terus dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik.

Sumber : TikTok 4clover

Leave a Reply

Your email address will not be published.