Mohd Hakim Lokman (Bob Lokman) Kembali Menemui Pencipta

Innalillaahi wa inna ilaihi roji’un. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali jua pada Pencipta. Lambat atau sekejap, pasti akan pergi jua.

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman, atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 58, mening,gal dunia pagi ini di kediamannya dekat Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Perkara ini disahkan oleh seorang penyanyi, Zur Eda kepada pihak Harian Metro.

Menurutnya, anak Allahyarham iaitu Suffian menghubunginya bagi memaklumkan perkara itu.

“Suffian yang tinggal di Kuala Lumpur beritahu dia dihubungi oleh adiknya Omar memaklumkan ayahnya mening,gal dunia.

“Menurut Omar, malam tadi arwah mula se,sak nafas tak boleh tidur membuatkan dia dan ibunya, Relawati Daud terpaksa bersengkang mata menjaganya.

“Kira-kira jam 10 pagi keadaan Bob mulai reda dan tenang. Namun beberapa jam kemudian ketika hendak mengejutnya dia mendapati bapa sudah tidak bernafas lagi,” katanya.

 

Difahamkan Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman bergan,tung nyawa pada jan,tung k0mbinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Terdahulu, pada 8 April lalu Bob dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang kerana mengalami masa.lah cepat penat.

Menurut Ustaz Riduan Mohd Nor, jen4zah Allahyarham akan disemadikan pada malam ini selepas solat Isyak.

Takziah buat keluarganya. Kita yang hidup pasti menyusul jua. Semoga Allahyarham Mohd Hakim Lokman ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman.

Sumber : Facebook Riduan Mohd Nor/ Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.