Kakak Ipar Fa.ke, Depan Baik Belakang Lain..Ini Yang Dia Buat Pada Kami

Asam garam berkeluarga beripar duai, ada sahaja masalah jika tidak berpuas hati. Lumrah hidup yang dihadapi ramai, tidak kira di Malaysia mahupun seluruh dunia.

Lain padang lain belalang, lain orang lain ra,gamnya. Sebuah perkongsian atau luahan hati di media sosial baru-baru ini telah meraih perhatian ramai terutama kaum hawa yang banyak menyuarakan pandangan bernas.

Luahan tersebut daripada seorang gadis yang menumpang di rumah abangnya yang telah berkahwin. Gadis tersebut mendak.wa kakak iparnya ‘fa.ke’ kerana beberapa isu di rumah tersebut.

Gambar hiasan

Berikut luahannya;

Nama aku Azie (bukan nama sebenar) dan luahan aku hari ini berkenaan kakak ipar yang aku rasakan berpura-pura baik di hadapan kami.

Aku dan adik duduk bersama abang yang telah berkahwin selama 2 tahun. Pada mulanya hanya aku sahaja, setelah adik habis belajar dia pun duduk sekali bersama kami.

Punca utama aku tinggal bersama abang adalah kerana abang duduk di kawasan bandar dan peluang pekerjaan sangat banyak.

Aku dan adik bekerja di kli.nik yang sama dan kami mempunyai shift bergilir. 7 am – 3pm dan 2 pm – 10 pm.

Kalau nasib baik shift kami sama, nasib tak baik seorang pagi , seorang malam.

Kakak Ipar Akauntan, Abang Penjawat Awam

Kakak ipar bekerja sebagai akauntan di syarikat besar dan selalu si.buk. Abang pula bekerja sebagai penjawat awam, jadi waktu bekerja dia 8am – 5pm.

Kami ke tempat kerja dihantar dan diambil oleh abang setiap hari.

Bila shift pagi, abang akan hantar kami dan terus ke tempat kerjanya. Waktu balik pula kami terpaksa menunggu selama 2 jam di klinik atau di kedai makan berdekatan.

Biasanya kami lepak mamak je sementara tunggu pukul 5.

Bila kami shift petang, abang akan mengambil kami dari rumah sewaktu lunch hour dan malam dia juga yang mengambil kami.

Kakak ipar seorang yang lemah lembut di hadapan kami tetapi di belakang kami aku tau dia menganggap kami menyusahkan dia dan abang.

Dia langsung tak bert0lak ansur tentang isu pergi dan balik kerja ni.

gambar hiasan

Pernah sekali abang de,mam pada hujung minggu, dan aku bekerja shift pagi. Dia suruh aku naik grab sedangkan masa tu dia cuti.

S4kit betul hati aku sedangkan dia tau k0s grab mahal dan gaji aku tak sebanyak dia.

Bila abang si,buk atau tak sihat, dia memang akan menyuruh kami balik sendiri dan kadang-kadang dia yang orderkan grab sebab dia ada kad kredit yang mempunyai mata jika menaiki grab.

Itu baru isu pergi dan balik kerja, entahlah kadang-kadang aku kesian dengan abang sebab kakak ipar langsung tak membantu dalam soal ini.

Nak kata pe,nat urus anak, rumah ada pembantu walaupun tak duduk bersama. Anak buah aku pergi dan sekolah pun ada driver sendiri yang abang bayar bulan-bulan khas untuk ke sekolah.

Isu Bilik

Isu bilik yang kami duduk pun menjadi masalah untuk dia. Rumah abang ada 4 bilik.

1 untuk dia laki bini.

2 untuk anak-anak dia.

3 bilik aku

Dan ke-4 pada awalnya bilik tetamu. Tapi lepas adik pindah masuk, adik duduk dalam bilik tetamu tersebut.

Pada mulanya dia menyuruh kami du,duk sekali, tapi aku berke,ras kerana bilik aku kecil dan barang adik sangat banyak. Abang menga,lah tetapi aku Nampak kakak ipar seakan-akan tidak puas hati.

Bila keluarga kakak ipar datang bertandang, dia sengaja book hotel atau homestay untuk mereka. Abang pun mulalah rasa serba sa,lah.

Keluarga aku elok je tidur dengan akua tau adik, takpun dekat ruang tamu. Rumah tu bersih ya, dekat dapur pun ada carpet dan tv. Lantai sentiasa berki.lat. Bapak aku el0k je tidur atas s0fa dekat ruang tamu.

gambar hiasan

Isu Kebersihan

Aku akui bab kebersihan kakak ipar memang sangat teliti. Kain buruk pun dia basuh dengan downy, dan kalau tersa.lah guna memang ma.sam muka dia. Kadang-kadang dia saja ma.rah abang padahal dia tau aku yang sa.lah guna.

Kalau simpan makanan dalam peti ais lebih 2 hari, memang ke t0ng sampah lah jawabnya. Itu pun kami ge,ram juga sebab langsung tak bertanya. Bila aku tanya dan dan dia kata ‘nak ganti balik’.

Mengadu Stress, Tiada Privacy

Aku dengar dia mengadu pada kakak dia yang dia stress dengan kehadiran kami kerana tiada privacy suami isteri. Dia sangkakan aku duduk sementara nak sewa bilik atau rumah.

Ibu aku kata buat apa nak menyewa sedangkan ada abang dekat sana? Lagipun adik-adik pun tanggungjawab abang juga.

Dan sekarang dia dah start kirim kami barang rumah macam sabun ke barang masakan lepastu tak bayar balik. Bila aku minta, katanya kami guna juga.

Abang pun macam lembu dicu.cuk hidung, ikut je kata bini dia.

Kalau kami s4kit, memang dia yang akan jaga sepenuhnya. Sebelum pergi kerja dia masakkan sup ke bubur macam tu dan letak dalam bilik.

Bila dia s4kit, dia nak kami pun macam tu. Dia kata dekat abang, at least tanyalah khabar dia. Abang mula lah membe.bel dekat kami.

Semua orang tak sama tau. Cara keluarga dia lain, kami lain. Kami bila de,mam jangan harap ibu nak layan el0k-el0k. Ngada-ngada katanya.

Aku pakai Iphone pun jadi hal, katanya memba.zir tapi tulah dalam lengg0k gemalai tak Nampak lah dia macam s0und aku. Aku kumpul duit k0t, dan sikit duit KWSP aku hari tu. Aku tak guna duit dia sesen pun.

Aku tak faham kenapa dia kena menyi.buk hal aku. Aku nak keluar dengan b0yfriend pun sa.lah, aku dah nak tunang kot. Balik sebelum pu.kul 12 lah apa, tapi dia cakap dekat abang. Sumpah aku dah tak tahan hidup dengan dia.

Sen,tal Bilik Air

gambar hiasan

Dengan pembersih lain macam, kadang-kadang dia saje sen.tal bilik air aku. Aku tak tau dia ada s4kit OCD ke apa, semua nak perfect.

DIa baik, tapi dia fa.ke. Depan kami lembut je, bekanang mengata dekat kakak dia. Aku selalu je dengar sebab dorang selali bersembang dekat ruang tamu atas, depan bilik aku.

Semalam dia suruh aku atau adik ambik lesen, sebab dia kesian dekat abang. Abang el0k je tak kata apa. Dia si.buk-sibuk suruh itu ini.

Walaupun dia bayar half, lesen bukan murah dengan kereta taka da. Dia 0ffer guna kereta dia, tapi kalau r0sak ke nak servis mesti aku jugak kena hadap kan?

Ibu kadang-kadang 0key kalau aku menga.du, kadang-kadang dia sebelahkan kakak ipar.

Mungkin sebab kakak ipar selalu bagi duit dengan hadiah, ibu pun sayang lebih.

Minta pendapat patut tak aku dan adik keluar cari bilik lain? Sebab aku Nampak kakak ipar macam dan ben.ci sangat dengan aku.

Si.buk suruh aku kahwin cepat semua. Rasa tak tenang dekat rumah sendiri.

Aku berharap dia berubah.

Demikian perkongsiannya yang telah meraih 10 ribu komentar.

Reaksi Warganet

Rata-rata warganet ge,ram dengan peluah tersebut kerana seolah-olah tak bersyukur, diberi tumpang malah naik lemak.

Kawin dulu baru tau.

 

Dah menumpang tu buatlah cara orang menumpang.

Walau gaji kecil, kena pandai urus duit.

Belajarlah untuk survive!

Sumber : IIUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *