“Saya Tak Cemerlang Akademik”, Menang Pingat Emas, Atlet Kedah Menangis Sebak, Mahu Buat Mak Ayah Bangga

Atlet Kedah Menangis Sebak, Mahu Buat Mak Ayah Bangga

Atlet muda dari Kedah, Aisyahtulfitriah Abdul Mohd.Hasbi, 18, diangkat sebagai wira selepas berjaya membantu squad ragbi wanita negeri jelapang padi itu merangkul pingat emas sulung pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada Khamis, 22 September 2022.

Memetik lap0ran Kosmo, semangat juang yang ditonjolkan oleh Aisyahtulftriah telah membuahkan hasil apabila pasukan  ragbi Kedah berjaya mengalahkan Selangor 17-12 sekaligus merangkul gelaran juara dalam acara tersebut.

Namun, apa yang mengharukan apabila ucapan ikhlasnya ketika ditemu bual oleh wartawan selepas tamat perlawanan mencuri tumpuan banyak pihak.

Ujarnya, yang mengakui tidak begitu cemerlang dalam akademik, pencapaian emas itu merupakan kejayaan tertinggi dan paling bermakna yang pernah diraihnya. Lebih mengharukan, dia mahu menggapai kejayaan itu sebagai hadiah untuk kedua-dua orang tuanya.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada pasukan saya (Kedah) yang selalu sokong saya dari ‘kosong’ hingga lah berada pada tahap ini.

“Saya juga nak minta maaf kepada ibu dan ayah kerana ini sahaja kejayaan yang mampu saya berikan. Saya boleh banggakan mereka berdua dengan cara ini kerana saya tidak boleh banggakan mereka dengan pelajaran. Untuk sukan saya rasa boleh lakukannya,” katanya dalam nada sebak.

Difahamkan pada awalnya, penglibatan Aisyahtulfitriah di dalam sukan ragbi tidak direstui oleh kedua-dua ibu bapanya.

Walau bagaimanapun setelah dijelaskan akan minatnya terhadap sukan tersebut, kedua-dua orang tuanya akhirnya bersetuju dan memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

“Ayah saya tak suka saya bermain ragbi kerana kita tahu sukan ini lasak. Tetapi oleh kerana minat, saya teruskan bermain. Ada masanya saya terpaksa mencu ri keluar untuk jalani latihan.

“Apa pun, kemenangan ini khas buat ibu dan ayah saya walaupun saya tahu pada mulanya mereka m4rah dekat saya untuk terus bermain dalam sukan ini,” ujarnya.

Semoga adik Aisyah merangkul lebih banyak pingat kedepannya dan terus membanggakan ibu dan ayahnya.

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *