Bungkusan Hitam Depan Bengkel, Pemilik Terkejut Nampak Isinya!

Amalan sihir merupakan amalan syi.rik menyesatkan akidah yang diamalkan sejak zaman dahulu kala lagi. Meski zaman sudah berubah, teknologi semakin pesat amalan ini masih banyak diamalkan walaupun di kalangan umat Islam sendiri.

Mendakwa bermotif untuk si,hir, seorang lelaki berkongsi di laman Facebook menemui bungkusan hitam di hadapan bengkelnya yang berisi sesuatu yang mengejutkannya.

Bungkusan Hitam

Menerusi hantaran di laman Facebook Abbas Atiqah, pemilik bengkel kenderaan yang terletak di Pontian itu terkejut apabila mendapati satu bungkusan hitam berada di hadapan premisnya itu dikatakan mengandungi tanah ku.bur, daun kering dan da.rah.

Berdasarkan penemuan benda itu, lelaki tersebut beranggapan ada individu yang cuba menutup periuk nasinya dengan melakukan perkara terku.tuk itu.

Namun begitu, pemilik bengkel kenderaan tersebut tidak berminat untuk mengetahui individu yang telah menghantar s1hir. Sebaliknya mengirimkan doa kepada pihak berkenaan agar segera bertaubat.

Komen Warganet

Menurut komentar para netizen, rata-rata ke.sal dan ma.rah, ada yang berkongsi pengalaman sama selain mencadangkan agar menggunakan sarung tangan jika memegang benda-benda seperti itu dikhuatiri ada unsur tidak halal daripada sumber khin.zir.

Rugilah mereka yang bekerjasama dengan iblis dan syai.tan semata-mata kerana hasad dan dengki dengan kejayaan orang lain.

Apa pun semuanya berlaku dengan izin Allah SWT. Mintalah perlindungan kepada Allah dalam apa jua yang hendak dilakukan. Baca doa-doa perlindungan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Sumber : Facebook Abbas Atikah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *