Ejen Kosmetik Berjaya Diselamatkan, Keluarga Terkejut Seolah Tak Percaya

Ejen kosmetik wanita yang dicul.ik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke Malaysia, hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, berjaya diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand.
Menurutnya, l0kasi keberadaaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan P0lis Diraja Thailand.
“Mang.sa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.
7 Lelaki Ditahan
“Dalam kes ini, seramai 7 lelaki tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu, polis turut meram.pas sebuah kenderaan dipercayai digunakan sus.pek untuk melarikan mang.sa.
Ujarnya lagi, kes disia.sat di bawah S3ksyen 3(1) Akta Cu.lik 1961.
Keluarga Terkejut, Tak Percaya
Sementara itu, Kakak Azi ketika dihubungi semalam berkata, dia dan ahli keluarga lain tidak percaya Azi selamat selagi tidak bertemu mata dengan adiknya itu meskipun p0lis sudah mengeluarkan kenyataan semalam.
Menurutnya, dia sudah menerima banyak mesej dan panggilan telefon daripada saudara mara dan rakan-rakan yang memaklumkan Azi selamat sejak petang semalam.
“Bagaimanapun, kami tidak percaya kerana banyak sangat berita pal.su tersebar sebelum ini. Adakah berita ini sahih?
“Setakat ini, saya masih merahsiakan berita mengenai penemuan Azi daripada ibu dan ayah kerana khuatir mereka tidak dapat tidur malam ini. Mereka pasti akan tanya Azi berada di mana dan di balai mana sedangkan saya sendiri tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya.
Syukur, semoga berita ini memberi kegembiraan kepada ibu bapa dan anak-anaknya serta seluruh keluarganya.
Alhamdulillah, tahniah buat anggota keselamatan yang berjaya menyelamatkan wanita ini.