Rasa ‘Terkena’ Dengan Founder Produk, ‘Team Leader’ Terpksa Buang Ribuan Stok Tak Laku Masuk Tong Sampah

Rasa Ditipu Founder Produk

Kekuatan sesuatu perniagaan lebih-lebih produk kecantikan sangatlah bergantung pada stokis dan ejen. Semakin banyak hasil jualan dibuat, semakin cerahlah perniagaan itu dapat terus hidup dalam pasaran.

 ‘Team Leader’ Terpaksa Buang Stok Tak Laku Masuk Tong Sampah

Baru-baru ini seorang team leader suatu produk kecantikan memuat naik rakaman video di mana dia memunggah keluar daripada kereta dan membuang ribuan sacet minuman ke dalam tong sampah besar.

Team leader buang sacet produk kecantikan Sumber Gambar: TikTok @fareedrashidl

Menurutnya, insiden itu berlaku apabila founder mula menjual produk tersebut kepada pemborong sehingga menyukarkan dirinya membuat jualan. Lelaki itu menyatakan dia perlu ambil masa satu tahun untuk menghabiskan 10,000 kotak.

Gambar: TikTok @fareedrashidl

Bagaimanapun masih ada 2,000 kotak lagi yang masih belum terjual dan dia terpaksa membuangnya kerana tarikh luput sudah hampir.

Rata-rata netizen bersimpati dengan ejen tersebut dan berharap dia dapat tabah dengan ujian perniagaan tersebut dan berpesan agar dia dapat berhati-hati untuk memilih produk jualan pada masa hadapan.

Tambah netizen lagi, kebanyakkan founder menjadi ‘kaya’ bukan disebabkan produk mereka terjual kepada pelanggan, sebalik disebabkan mereka mengaut keuntungan daripada ‘pakej-pakej’ yang dijual kepada para stokis & ejen di seluruh negara.

Gambar: TikTok @fareedrashidl
Gambar: TikTok @fareedrashidl
Gambar: TikTok @fareedrashidl
Gambar: TikTok @fareedrashidl

Menurut team leader tersebut lagi, dia sudah redha dengan apa terjadi dan menganggap itu adalah sebahagian asam garam kehidupan dalam sesuatu perniagaan.

Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada netizen yang memberikan kata-kata semangat agar tidak berpu tus asa dan percaya akan ada rezeki lebih baik pada masa akan datang.

SUMBER : TikTok @fareedrashidl via V0cket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *