2 Beradik M4ut Terkena Renj4tan Elektrik

Keseronokan bermain menjadi tr4gedi. Malang tidak berbau apabila 2 adik beradik lelaki menemui ajal akibat terkena ren.jatan elektrik ketika bermain di luar rumahnya di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, pada kira-kira pukul 6 petang pada Jumaat (30 September).
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, Norazlin Syahidah Ali berkata, tra.gedi menimpa 2 beradik, Adam Haziq Zamri, 10, dan Adam Harish Zamri, 9 tahun itu disaksikan oleh adik bongsu kepada mangsa.
Menurutnya, kejadian berlaku semasa kedua-dua murid sekolah terbabit sedang bermain air di luar rumah pada petang Jumaat selepas bapanya pergi ke kedai yang jaraknya kira-kira 1 hingga 2 kilometer.
Wayar Elektrik Pu.tus, Jatuh Atas Bumbung
“Ada wayar elektrik pada tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpu.tus dan terja.tuh atas bumbung rumah.
“Ketika mereka bermain di luar rumah, mangsa (berumur 11 tahun) terpegang besi ampaian baju dalam keadaan basah dan terkena renjatan elektrik.
Kedua-dua mangsa dihantar ke H0spital Serdang untuk be.dah siasat sebelum dikebu.mikan di Tanah Perku.buran Islam Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi.
Ujar Norazlin lagi buat masa ini, pihak sekolah sedang melaksanakan kutipan derma kilat untuk membantu keluarga tersebut yang dikatakan asnaf tanpa pendapatan tetap.
“Kutipan ini dilakukan bagi meringankan beban keluarga mangsa. Ibu bapa mang.sa hanya bekerja sendiri, kutip botol, tin, tangkap ikan di sungai untuk dijual,” katanya.

Transaksi tersebut kemudiannya perlu dihantar kepada Norazlin Syahidah di talian 016746818 untuk pengesahan penerimaan dan rekod.
Tiada Wayar TNB Pu.tus – Pegawai TNB

Bagaimanapun, TNB dalam satu kenyataan ketika bertemu dengan keluarga mang.sa untuk menyampaikan sumbangan berkata, tiada wayar terpu.tus daripada tiang elektrik TNB dan memaklumkan perkara itu sedang disia.sat pihak mereka.
Mereka juga meminta orang ramai agar tidak membuat speku.lasi tentang punca sehingga sia.satan selesai dan juga sebagai menghormati perasaan keluarga.
Takziah buat keluarga mang.sa. Semoga mereka bersatu semula di syurga abadi kelak. Aamiin.
Sumber :Facebook Mohd Zulhairi / Sinar