Anak Lelaki Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri Pergi Buat Selamanya

Setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Innalillaahi wa inna ilaihi rojiun.

Pagi ini, seorang figura agama terkenal, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi satu berita sedih tentang pemergian anaknya, Hammad Zulkifli, 22, di Facebook miliknya.

Berikut kongsinya ;

Dengan penuh redha dan sabar, saya maklumkan pemergian anakanda Hammad bin Zulkifli (Hammad anak kepada ibunya Shereen) pada jam 5.22 pagi tadi.

Duhai anakandaku Hammad,

Air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat se.dih atas perpisahan ini.

Jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami menguruskan Hammad dari awal, sehinggalah ke liang la.had. Bagi pihak keluarga, saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya, Hammad.

Insya-Allah, solat jena.zah akan dilaksanakan pada jam 9.45 pagi di Pusat Islam USIM, Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM.

Masih Teruskan Kuliah Dhuha

Meski masih berse.dih dengan pemergian anaknya, beliau tetap meneruskan majlis ilmu kuliah dhuha, Jalsah ‘Ilmiyyah yang telah dijadualkan sebelumnya.

“Al-Hafiz al-Munziri (wafat 656H) terkenal sebagai salah seorang ulama yang begitu tekun dengan ilmu. Beliau sesekali tidak akan meninggalkan madrasahnya untuk apa jua tujuan walaupun untuk berehat. Hidupnya hanya diwakafkan untuk ilmu.

“Ada kisah yang diriwayatkan oleh Al-Imam Tajuddin al-Subki berkenaan kewafatan anak kepada Al-Hafiz al-Munziri. Beliau solat jena.zah untuk anaknya di dalam madrasah dan menghantar jena.zah hingga ke muka pintu.

“Beliau lalu berkata ‘Wahai anakku, aku tinggalkan dirimu kepada Allah Ta’ala’. Lalu beliau kembali masuk ke dalam untuk menekuni ilmu.

“Betapa ulama silam memuliakan ilmu walaupun anaknya mening.gal dunia. Atas asas ini, saya teruskan kuliah pada pagi ini,” ujar beliau.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu’anhu. Takziah buat keluarga Datuk Seri, semoga bertemu semula anakanda tersayang di syurga abadi kelak. Aamiin.

Sumber : Facebook Dr Zulkifli / Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *