Siram Air Atas Kubur, Apa Hukumnya? Ini Penjelasannya Yang Masih Ramai Tidak Tahu

Kenapa Siram Air Kat Kubur Dan Apa Hu kumnya? Ini Jawapan Ringkas UAI

Sudah menjadi perkara biasa jika kita dapat melihat pusara di tabur bunga dan disiram air oleh ahli keluarga sebaik sahaja habis bacaan talkin. Perkara ini juga dapat dilihat apabila ada individu yang ziarah ku bur pasti akan menyiram air seolah-olah ianya adalah perkara yang wajib.

Gambar hiasan

Walhal, pada hakikatnya kita sendiri masih keliru dengan hu kum menyiram air di atas tanah kubur ini. Adakah ianya wajib atau apa hu kumnya. Jangan sampai kita terikut-ikut melakukan perkara ini tanpa tahu hal hu kum yang sebenar.

Apa tujuan siram air di atas kubur?

Ini jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus menerusi laman ‘Youtube’nya berkata ulamak ada menyebut hukum jirus atau siram air atas ku bur adalah harus tetapi dengan syarat tujuannya salah satu daripada tiga sebab iaitu:

  • Ku bur masih baru (jen4zah baru ditanam) supaya tanahnya kemas
  • Menghidupkan pokok-pokok dan bunga yang hidup di atas kubur tersebut
  • Supaya tanah tidak berdebu

Sebaliknya jika ada individu yang percaya bahawa siram pada tanah ku bur untuk menyejukkan jen4zah atau dikatakan jen4zah boleh minum air itu adalah khur4fat.

Dalam penjelasan UAI ini, jika seseorang itu melakukan perkara ini tanpa tahu hu kumnnya ianya dilarang kerana melakukan kerja seperti ‘memb4bi buta’. Nasihatnya, buatlah sesuatu perkara itu dengan mengetahui hu kum hakam yang jelas.

Namun, apa pula hu kumnya menjirus air mawar ke atas ku bur?

Memang pada asalnya yan wajib hanya dikebumikan sahaja tanpa menjirus sebarang air. Walaupun begitu bila melihat kepada sejarah salafus soleh termasuk Baginda SAW sendiri, maka masalah ini telah dibahaskan oleh ulama secara panjang lebar.

Gambar hiasan

Ada riwayat menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menyiram air atas ku bur anakandanya Ibrahim. Lihat Musnad Imam al-Syafie (1/215).

Secara umumnya, ramai ulama Syafie berpendapat hu kumnya harus bahkan ada pendapat menyatakan sunat kerana perbuatan Rasulullah SAW itu. Tetapi penggunaan air mawar pula dianggap sebagai makruh kerana dengan sebab pembelian dan pembaziran.

Kami nukilkan daripada kitab I’anah al-Talibin (2/135-136). Antara lain menyebut: “Dan (disunatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Nabi SAW melakukan sedemikian pada kubur anakanda Baginda SAW, Saidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Syafie dan juga pada kubur Saad bin Muaz sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah. Dan Nabi SAW telah memerintahkan dengannya (iaitu dengan menjirus air) pada ku bur Saidina Uthman bin Mazh’un sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi. Dan yang mustahab adalah air tersebut suci lagi menyucikan dan sejuk (air mutlak) sebagai tafa’ul mudah-mudahan Allah menyejukkan ku bur si mati. Dan makruh menyiram atau menjirus air dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pemb4ziran dan mensia-siakan harta.”

Justeru, bagi mereka yang ingin melakukan dibolehkan dan lebih penting daripada itu adalah untuk berdoa kepada si m4ti kerana sabit dalam nas yang sahih.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

06 Zulkaedah 1436H

Sumber: Ustaz Azhar Idrus, muftiwp.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *