Ayam Jantan Berkokok Waktu Malam, Ini Petandanya Yang Ramai Tak Sedar!

Lazimnya bunyi kokokan ayam sering didengari oleh mereka yang tinggal  pinggir kota atau di perkampungan.

Ia sebati dalam masyarakat kita  hingga wujud kepercayaan mengatakan ayam berkokok menunjukkan sudah tiba waktu untuk bangun dari tidur.

Pun begitu, tahukah anda bahawa sekiranya ayam jantan berkokok pada waktu malam itu menandakan ia sedang melihat malaikat?

Perkara berkenaan adalah sahih dan dikongsi oleh ilmuan negara ini, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada laman Facebook rasmi beliau.

Menurutnya, ayam jantan berkokok disebabkan haiwan itu melihat malaikat adalah benar sebagaimana Rasulullah SAW menyebutnya di dalam hadis yang sahih.

Berdoalah, Moga Malaikat Meng’amin’kan

Berikut penerangan beliau, hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah;

Maksudnya: “Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada ALLAH SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada ALLAH SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan”.

[Riwayat al-Bukhari, (3058), Muslim (4908), Abu Dawud, (4438) dan al-Tirmizi, (3381)]

Manakala menurut riwayat Imam Ahmad, terdapat tambahan lafaz iaitu ‘pada malam hari’,

Maksudnya: Apabila kamu mendengar ayam berkokok di malam hari, sesungguhnya ia melihat Malaikat. Oleh itu, mintalah kepada ALLAH akan kurniaan-Nya.

[Riwayat Ahmad (8064) Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij al-Musnad (8764) menyatakan hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari]

Justeru katanya, kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT ketika kehadiran malaikat dengan harapan moga-moga Malaikat mengaminkan doa kita.

“Rasulullah SAW menjadikan bunyi kokok ayam jantan, sebagai tanda kebaikan, iaitu datangnya Malaikat dan kita dianjurkan berdoa.

“Hal ini menunjukkan keistimewaan ayam jantan,” katanya.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, ayam jantan memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki binatang lain. Ia dikatakan mengetahui perubahan waktu pada malam hari.

“Dia berk0kok di waktu yang tepat dan tidak pernah ketinggalan. Dia berk0kok sebelum subuh dan selepas subuh, ia tidak pernah tersalah waktu. Sama ada pada malamnya yang panjang atau yang singkat. Oleh sebab itu, sebahagian ulama’ Syafi’iyah memfatwakan untuk berpegang bahawa ayam jantan mujarab dalam menentukan waktu,” [Fath alBari, 6/353]

Justeru, menurut beliau lagi, kita dianjurkan untuk berdoa ketika ayam berkokok mengharapkan ucapan amin dari malaikat untuk doa yang dititipkan.

Maha suci Allah yang telah menjadikan ayam seperti itu. Justeru, jangan sia-siakan peluang untuk berdoa jika anda terdengar ayam berkokok.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Maktabah Albakri / Facebook Dr Zulkifli Al-Bakri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *