‘Biasanya Mereka Main Bola, Tapi Hari Itu Pilih Untuk Mandi Luar Rumah’

Pada 30 September lepas, 2 beradik m4ut apabila terkena ren,jatan elektrik. Insi.den pilu itu berlaku sekitar jam 4.55 petang ketika sedang mandi di dalam besen di halaman rumah mereka di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi.
2 Beradik M4ut Terkena Ren.jatan Elektrik]
[Baca Juga :“Saya kehilangan syurga yang tiada galang ganti, mereka anak paling memahami”.
Itu antara luahan Nursyakila Hasan, 35, ibu kepada Adam Harish Zamri, 11, (anak ke-2) dan Adam Haziq Zamri, 10, (anak ke-3) yang mening.gal dunia di tempat kejadian selepas terkena ren.jatan elektrik ketika mandi di luar rumah mereka selepas pulang dari s0lat Jumaat.
Selalunya Bermain Bola Di Padang, Tapi Pada Hari Kejadian..
Menurut ibunya, kedua-dua anaknya menunjukkan tingkah laku berbeza pada hari kejadian apabila memilih untuk terus mandi di luar rumah berbanding bermain bola di padang seperti kebiasaannya.
“Ketika itu, Adam Harish yang merupakan anak ke-2 mandi bersama Adam Haziq dan seorang adik mereka lagi. Abangnya telah memegang sebatang besi, tetapi malangnya ia mempunyai arus elektrik.
“Selepas melihat anak ke-2 dalam keadaan kaku, Adam Haziq datang untuk membantu tetapi turut terkena ren.jatan. Nasib baik, anak bongsu sempat menyelamatkan diri,” katanya.
Anak-Anak Yang Sangat Memahami
Katanya, pemergian kedua cahaya matanya itu merupakan ujian besar buat mereka sekeluarga memandangkan mangsa merupakan anak yang sangat memahami kesusahan keluarga serta tidak pernah menge.luh.
“Meskipun kehidupan kami terje.jas akibat Cvd hingga terpaksa menghentikan perniagaan kedai makan, tetapi anak-anak sangat memahami dan tidak menyusahkan keluarga.
“Kehilangan mereka satu ujian besar buat kami, ibarat saya hilang syurga dikasihi. Mereka anak yang sering membantu kerja rumah, menjaga ketika saya sa.kit,” jelasnya.
Mahu Ikut Kelas Agama, Hasrat Tak Tercapai
Nursyakila berkata, anak ke-2 nya pernah menyuarakan hasrat untuk mengikuti kelas agama pada sebelah petang bagi meningkatkan penguasaan bahasa Jawi.
“Bagaimanapun, disebabkan masalah kewangan, hasrat Adam Harish tidak dapat saya tunaikan.
“Itu sahaja perkara yang saya tidak dapat ditunaikan dan yang lain mereka tidak pernah meminta, anak-anak sangat memahami kesu.sahan keluarga dan hidup sederhana,” ceritanya.
Sayang Lebih Dari Anak Sendiri
Sementara itu, ibu saudara mangsa, Norliza Hassan, 49, menyifatkan kedua-dua beradik itu sebagai anak yang menghormati orang tua dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah.
“Mereka sangat rapat dengan kami sekeluarga kerana sering berkunjung ke rumah saya yang terletak kira-kira 10 minit sahaja. Rasa sayang saya kepada mereka kekadang melebihi anak sendiri.
“Sebagai keluarga kami reda dengan kehilangan ini, Insya-Allah kedua-dua anak itu akan ditempatkan bersama kekasih-Nya kerana sering membahagiakan keluarga,” jelasnya.

Semoga mereka dapat bersatu semula di syurga abadi kelak.
Sumber : Kosmo