Orang Ramai Sudah Mula Berjimat, Perkara Besar Ini Dijangka Berlaku Pada 2023!

Jangkaan kri.sis ekonomi gl0bal yang bakal berlaku pada 2023 membuka mata ramai untuk melakukan langkah berjaga-jaga. Ia susulan kenyataan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang tidak menolak kemungkinan kemeles.etan ekonomi gl0bal akan berlaku pada tahun hadapan berikutan wujud risik0 yang tinggi.

Pengarah urusannya, Kristalina Georgieva memaklumkan bahawa pr0spek ekonomi gl0bal telah “menjadi gelap dengan ketara” sejak April lalu sehingga mendorong IMF menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global pada 3.6 %, tahun ini.

“Kita berada di perairan yang sangat bergelora,” katanya lagi.

“Tahun 22 akan menjadi sukar, tetapi mungkin lebih sukar 2023. Risik0 kemeles.etan meningkat pada 2023,” kata beliau.

Kristalina

Orang Ramai Ambil Tindakan

Menyambut kemungkinan tersebut, orang ramai kini berjaga-jaga dengan mengambil langkah berjimat-cermat.

Antara inisiatif yang dilakukan adalah dengan mengurangkan atau mengehadkan perbelanjaan bagi barangan bukan keperluan dan mengelakkan membuat pinjaman dalam jumlah besar.

Tangguh Hasrat Dan Kehendak

Pekerja swasta, Hafiz Omar, 29, berkata, dia mengambil serius berhubung amaran Bank Dunia mengenai infla.si pada bulan lalu dengan membuat beberapa persediaan.

“Setakat ini, saya sudah mula mengurangkan perbelanjaan mengikut kehendak. Sebelum ini saya mempunyai perancangan untuk membeli k0mputer menggunakan pelan ansuran tanpa faedah, tetapi mungkin akan menangguhkan dahulu buat sementara waktu.

Batalkan Niat Bercuti

Sementara itu bagi Mazlinda Ahmad, 44, pula, dia mengambil keputusan membatalkan niat untuk bercuti bersama keluarga termasuklah ke luar negara sebagai langkah berjimat-cermat.

“Pada masa sama, saya berharap situasi tersebut tidak berpanjangan kerana mempunyai komitmen tinggi seperti bayaran kereta dan rumah,” katanya kepada pihak akhbar semalam.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, lebih baik kita menyimpan.

“Bagi saya, persediaan ini bukan sahaja melibatkan kewa­ngan semata-mata, malah men.tal juga penting untuk kelangsungan hidup,” ujarnya.

Gambar hiasan

Kerajaan Harus Bantu Rakyat, Pantau Harga Barang

Kakitangan swasta, Syazriz Asraf, 28, pula berpendapat kerajaan harus melipatgandakan usa­ha­ bagi memastikan kebajikan rakyat terbela kerana sudah pasti ada kelompok yang akan terje.jas.

“Antara yang perlu dilakukan adalah bantuan berbentuk kewangan selain memantau harga barangan supaya tidak berlaku kenaikan mendadak,” katanya.

Pemuda itu juga merancang untuk menambah simpanan dengan mengelakkan membuat hutang baharu sebagai perse­diaan pada waktu kece.masan.

Tangguh Pembelian Jangka Masa Panjang – Pensyarah Ekonomi

Langkah yang diambil orang ramai itu turut disokong Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia, Mohammad Noorizuddin Nooh yang meminta rakyat menangguhkan pembelian jangka masa panjang seperti pinjaman rumah dan kereta.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat pembelian besar dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun kerana kadar faedah yang dijangka meningkat.

“Ek0nomi dunia akan me­le.set kerana kebanyakannya bersandarkan kepada matawang d0lar. Bagi mengatasinya, kita perlu lihat kepada pendekatan sama ada fiskal atau m0netari atau ­dua-dua sekali,” katanya.

Bajet 2023 : Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Negara

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pertumbuhan ekonomi Malaysia malahan mungkin dapat mengatasi unjuran rasmi antara 5.3 dan 6.3% pada 2022 apabila negara mencatatkan pertumbuhan pantas pada suku ke-2 pada 8.9 % dan prestasi kukuh yang dijangkakan pada suku ke-3.

Bagaimanapun, beliau turut memberi amaran bahawa Malaysia tidak akan terlepas daripada tempias kelembapan ekonomi gl0bal yang dijangkakan berlaku pada 2023, apabila semua ketiga-tiga pemacu utama ekonomi dunia – Eropah, China dan AS – dijangka berkembang pada kadar perlahan tahun 2023 berbanding tahun ini.

“Oleh itu negara perlu bersiap sedia untuk melakukan apa yang perlu bagi mengurangkan jangkaan kesan daripada kelembapan ekonomi di seluruh dunia,” katanya pada baru-baru ini.

Sumber : Sinar/ Kosmo / Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *