Pernah Hilang Selama 47 Hari, Ini Keadaan Terkini Mirsudiar Dan Noreen!

Selepas 7 tahun, kanak-kanak Orang Asli yang pernah dilaporkan hilang selama 47 hari sebelum ditemui selamat di Hutan Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan kini sudah meningkat remaja dan menjalani hidup normal seperti remaja lain.
Bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Mirsudiar Aluj, 18, walaupun dia kini menjalani kehidupan normal, namun kisah kehilangannya itu tetap diingati sehingga kini.
“Saya sudah tidak mahu belajar dan mahu tinggal di kampung ini bersama ahli keluarga lain. Saya gembira tinggal di kampung berkenaan.
“Sebelum ini, ramai orang luar datang melawat, namun sejak lebih 2 tahun lalu sudah tiada yang datang bertanya khabar keadaan diri saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Gawin, Pos Gob, Gua Musang.
Sementara itu, datuknya, Along Alej, 62, yang kini mengambil alih tanggungjawab menjaganya berkata, dia bersyukur kerana Mirsudiar kini sudah boleh hidup seperti remaja seusianya.
Menurutnya, sejak kejadian berkenaan Mirsudiar sudah tidak ke sekolah kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang.
“Selepas kejadian terbabit, Mirsudiar lebih suka menyendiri dan kerap mengalami mimpi buruk mengenai kejadian yang berlaku terhadap dia dan rakan-rakannya yang mening,gal dunia.

“Namun selepas beberapa tahun, dia semakin pulih dan sudah boleh bergaul dengan rakan sebayanya di kampung ini.
“Walaupun Mirsudiar ketinggalan dan tercicir dalam pelajaran, namun kami lega dapat melihat dia membesar di depan mata kami. Kejadian itu tidak akan kami lupakan sampai bila-bila ,” katanya lagi.
Pada 23 Ogos 2015, negara dikejutkan dengan kehilangan 7 murid Orang Asli yang tinggal di asrama SK Tohoi selepas dilaporkan lari dari asrama.

Selepas 47 hari hilang, Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui masih hidup dalam keadaan kurus kering, lemah dan kelaparan di tebing sungai di hutan berkenaan.
Sementara itu, 5 lagi rakannya Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaakob, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, ditemukan mening,gal dunia.
Kronologi Kehilangan 7 Murid
23 Ogos 2015: 7 murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang,dilaporkan hilang pada 23 Ogos, selepas dikatakan tidak pulang ke asrama takut dikenakan huku,man kerana mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.
25 Ogos 2015: Selepas laporan polis dibuat mengenai kehilangan mereka, gerakan mencari digembleng membabitkan pihak polis, penduduk kampung dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
29 Ogos 2015: Gerakan mencari diperluaskan seminggu kemudian selepas pihak polis percaya kanak-kanak berkenaan mungkin mencari makanan kerana sesat di dalam hutan.
1 Sept 2015: Polis mendedahkan sepasang stokin ditemui gus percaya ia menjadi petunjuk terbaharu siasatan kes misteri kehilangan 7 murid Orang Asli itu.
Bagaimanapun, ia kemudiannya disahkan bukan milik mana-mana kanak-kanak berkenaan.
17 Sept 2015: Kawasan pencarian diperluas sehingga ke 140 kilometer radius melibatkan bandar-bandar kecil berhampiran Gua Musang.
Operasi melibatkan PDRM, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JPAM) RELA, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) selain penduduk kampung dan ibu bapa 7 murid berkenaan.
28 Sept 2015: 37 hari selepas kanak-kanak itu hilang, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menemui keluarga 7 pelajar itu berkata elemen cul1k turut sama diambil kira.
1 Okt 2015: Genap 40 hari kanak-kanak berkenaan hilang, kerajaan melalui Timbalan Menteri II Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menegaskan tiada tarikh tamat bagi usaha mencari mereka semua.
7 Okt 2015: M4yat seorang kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi ditemui dalam keadaan re,put oleh penduduk kampung di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi.
Ia kemudiannya dibawa keluar untuk dibe,dah sia,sat di H0spital Gua Musang.
8 Okt 2015: Ibu bapa 7 pelajar itu berkumpul di h0spital Gua Musang untuk proses pengecaman.
Polis kemudiannya mengesahkan identiti m4yat yang ditemui dalam keadaan re,put sebagai Sasa Sobrie.
Sementara itu, polis mengesahkan penemuan 1 tengkorak dan rangka kanak-kanak pada pukul 3.50 petang. Walau bagaimanapun identiti m4yat masih belum dikenal pasti.
9 Okt 2015: 2 daripada 7 kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak Ogos di dalam hutan dijumpai selamat berhampiran Sungai Perias.

Mereka adalah Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11.
Turut ditemui satu lagi m4yat manusia yang identitinya masih belum dapat dikenal pasti.
Penemuan ini menjadikan pencarian sehingga tengah hari ini berbaki 4 orang iaitu Juvina David, Linda Rosli, Ika Ayel, dan Haikal Yaakob.
10 Okt 2015: Rangka manusia yang dipercayai milik kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi ditemui dalam keadaan sempurna oleh pasukan mencari dan menyelamat berhampiran tebing Sungai Perias pada jam 11.20 pagi, Sabtu.
11 Okt 2015: Anggota keluarga Juvina David, 7, mengecam bahawa rangka yang ditemui di Sungai Perias, Pos Tohoi semalam adalah milik kanak-kanak itu.
12 Okt 2015: Usaha operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak Orang Asli di Pos Tohoi (OPS TH7) yang masuk hari ke-51 ini akan lebih memfokuskan kawasan tebing dan celahan batu-batu besar Sungai Perias, Pos Tohoi.
Siti Kassim yang menjadi peguam dilantik menjaga kebajikan keluarga mang,sa pada ketika itu berkata,
“Noreen mendakwa yang pertama m4ti ialah Juvina David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.
“Dia beritahu semua rakannya m4ti kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lem4s ketika menyeberangi Sungai Perias, ” katanya.
Noreen juga turut mendakwa mereka diberi makan oleh ‘seseorang’ yang menyebabkan mereka masih hidup sampai ke hari ini.
“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan,” katanya.
Selain itu menurut sumber lain, mereka bertahan hidup dengan memakan rumput dan buah-buahan liar yang ada di sekitar.
Kehilangan yang benar-benar memberi tr4uma kepada ramai, apatah lagi keluarga mang,sa dan kedua mang,sa yang selamat itu sendiri.
Takziah diucapkan buat seluruh keluarga terlibat.
Sumber : Hmetro / AstroAwani / Kosmo/ News