Kisah Bilal Yang Merun,tun Hati, Raih Perhatian Rakyat Malaysia

Sehari dua ini heboh nama Bilal diperkatakan, nama seorang bayi comel yang menjadi tanda tanya kini sudah terjawab. Syukur, anak secomel itu dibesarkan di dalam keluarga selebriti yang berharta.

Namun, ada Bilal lain yang diuji dengan peny4kit. Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar namanya. Baru berusia 2 tahun 2 bulan, anak ini sudah teruji membawa 28 kilogram beban di kepalanya.

Berat de,rita ditanggung Bilal yang menghidap Al0bar Hol0prosencaphly iaitu keca,catan tempurung kepala berikutan peny4kitnya semakin kr0nik.

Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, berkata, peny4kit anaknya yang berusia 2 tahun dan mesra disapa Bilal berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.

Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan Mohammad Azhar mahupun isterinya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.

Jan,tung Berlu,bang, Tidak Dapat Melihat, Sum,bing Sejak Lahir

Lebih menye,dihkan, Mohammad Azhar berkata, Bilal juga ada masa,lah jan,tung berlu,bang selain tidak dapat melihat dan sum,bing sejak lahir.

“Sebelum ini, tangan dan kaki Bilal kerap bergerak tetapi kini dia tidak lagi aktif macam dahulu.

“Bilal juga semakin kerap menan,gis pada waktu malam kerana kepalanya semakin membesar, jadi saya dan isteri memang ‘tidur ayam’ sahaja kerana perlu bergilir-gilir memantau keadaannya.

“Sebagai ayah, saya se,dih lihat keadaannya menanggung deri,ta itu pada usia kecil. Kalau boleh biar saya yang s4kit, jangan dia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, setakat ini dia ada menerima bantuan bulanan zakat sebanyak RM200 selain RM500 sebulan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagaimanapun jumlah diterima itu tidak mencukupi kerana kos perbelanjaan bulanan Bilal sahaja dianggarkan mencecah RM2,500.

Pernah Bekerja, Terpaksa Berhenti

“Saya pernah bekerja sebagai tukang rumah manakala isteri pembantu di kli,nik pakar kulit.

“Bagaimanapun kami terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal lahir.

“Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku namun pendapatan kini agak te,ruk dan adakalanya tidak cukup.

“Kami sampai ke tahap jual barangan peribadi dan barang rumah untuk dapat duit kerana malu untuk minta sumbangan orang.

“Tak banyak yang kami dapat tetapi ada juga hasil untuk langsaikan sewa bulanan rumah sebanyak RM350 dan membeli keperluan Bilal terutama susu walaupun harganya mahal,” katanya.

Mohammad Azhar berterima kasih kepada mereka yang pernah menyumbang kerana prihatin dengan Bilal dan mahu meringankan keluarganya.

“Terima kasih sangat saya ucapkan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.

Tangkap layar daripada artikel asal Harian Metro bertarikh 13 Oktober 2022.

Kesal Sc4mmer Ambil Kesempatan Salah Guna Gambar Bilal

“Cuma saya kesal apabila ada sc4mmer (sind1ket peni,puan) ambil kesempatan menyalahgunakan gambar hingga tiada lagi yang menziarahi Bilal kerana menyangka dia sudah mening,gal dunia.

“Mereka yang lakukannya mungkin tidak rasa apa kami lalui tetapi apa boleh buat, ini semua dugaan yang kami perlu tempuh dengan cekal demi anak,” katanya.

 

Baru Beberapa Jam Kisah Disiar, Bilal Terima Sumbangan Luar Jangkaan!

Kisah Bilal ini disiarkan oleh akhbar Harian Metro pada tengah hari tadi. Namun, baru sahaja beberapa jam, keprihatinan rakyat Malaysia tiada bandingan, sumbangan untuk anaknya sudah mencecah RM15,000!

 “Terima kasih buat semua yang menyumbang, rakyat Malaysia memang bagus dan prihatin,” kata bapa Bilal, Mohammad Azhar.

Katanya, jumlah sumbangan diterima di luar jangkaannya dan mengakui terharu dengan keprihatinan masyarakat kerana sudah lama tidak dapat bantuan sebanyak itu.

“Saya ada semak akaun tadi dan terkejut dengan jumlah sumbangan diterima kerana amat banyak.

“Terima kasih banyak saya ucapkan buat penyumbang atas keprihatinan terhadap Bilal (nama gelaran) dan keluarga saya..

“Hanya Allah saja dapat membalasnya. Sumbangan itu akan digunakan untuk membeli barangan keperluan Bilal dan belanja barang rumah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi perkembangan Bilal, Mohammad Azhar berkata, anak bongsunya itu mun,tah hari ini.

“Badannya mungkin tidak sedap dan harap ia tidak berterusan.

“Saya dan isteri seperti biasa akan memantau keadaannya,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Mohammad Azhar di talian 010-2195301.

Semoga Bilal disembuhkan dari peny4kitnya, dikurniakan kesihatan, dan dimurahkan rezeki mereka sekeluarga.

Terima kasih rakyat Malaysia! Anda Hebat!

Sumber : Harian Metro

[Makluman!! Pihak Harmagidun tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengumpul da.na bagi Bilal. Maklumat ak.aun yang dipaparkan diambil daripada artikel asal Harian Metro. Pihak kami cuma memanjangkan info tersebut agar bantuan kepada Bilal dapat disalurkan segera. Hubungi talian bapa Bilal yang disediakan di atas untuk maklumat lanjut.]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *