Serba Dhaif! Ibu Tunggal Cekal Membesarkan Empat Anak Di Rumah Usang Yang Hanya Menanti R0boh

Ibu Tunggal Membesarkan Empat Anak Di Rumah Usang
Membesarkan anak tanpa suami di sisi tidaklah mudah. Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.

Dalam satu misi kemanusiaan oleh satu badan persendirian di daerah Sandakan, Sabah pada bulan November tahun lepas, Team Vitaminbae telah dipertemukan dengan satu keluarga asnaf di sebuah pondok usang.

Melihat keadaan rumah yang mereka tinggal jelas memancarkan seperti apa perjuangan mereka untuk meneruskan hidup sehari-hari.
Ikuti perkongsian ini :
Keterbatasan NGO dan aktivis kebajikan dalam usaha membantu golongan marhaen tidak dinafikan, membantu sekadar untuk meringankan sedikit bebanan yang mereka lalui.
Tak sanggup sebenarnya mendengar luahan ibu tunggal yang cukup tabah dalam membesarkan empat orang anak yang masih kecil selepas ditinggalkan suami.
Rumah pondok yang hanya menunggu untuk roboh, melihat keadaan isi rumah yang serba kurangan tapi itulah saja harta yang ada untuk mereka tinggal demi meneruskan hidup.
Anak sulung yang berumur 14 tahun, dialah harapan keluarga dalam mencari nafkah sebagai pencucuk satay dengan gaji 30 ringgit sehari.
“..cukupkah kak 30 ringgit untuk tanggung semua sekali..”
“..Kalau tak cukup saya sendiri ambil upah mencuci kain jiran, adalah dalam 10 ringgit saya dapat..”
“..saya pernah juga mencari kerja di bandar, tapi itulah, susah betul dapat kerja..”
Dan sewaktu sesi temubual berlangsung saya melihat beliau sekuat hati untuk menahan air mata agar tidak jatuh di hadapan kami dan di hadapan anak-anaknya..
Terima kasih semua yang membantu misi kecil kita..
Demikian perkongsian yang dipetik daripada Page Vitaminbae.



Allahukhbar! Betapa tabahnya mereka menghadapi ujian seharian.
Walau diuji dengan kemiskinan, si ibu tidak putus asa untuk terus memperjuangkan nasib keluarganya. Syukur ada anak sulung yang boleh diharapkan untuk membantu mengisi perut mereka sekeluarga sehari-hari.
Dengan pendapatan hanya sebanyak itu, mereka tetap bersyukur.
Kita pula bagaimana? Marilah bersama-sama bantu semampu kita meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik seperti keluarga ini. Semoga ada sinar buat mereka…
Sumber : Vitaminbae
Sumber : Vitaminbae