Mahu Balas Jasa , Murid Darjah 4 K0rban Masa Urus Nenek Angkat Yang Uzur

Murid 10 Tahun Berk0rban Balas Jasa Nenek Angkat

SIK – “Saya lakukan semua ini kerana ingin membalas jasa nenek yang banyak berk0rban menjaga kami walaupun tidak mempunyai pertalian kekeluargaan.”

Demikian ujar Noraina Shafiah Salleh, 10, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Chepir, di sini yang menjaga Habibah Musa, 80, setiap hari.

Pada ketika rakan sebaya lain bebas bermain memenuhi masa lapang, Noraina Shafiah tetap setia berada di sisi Habibah untuk mengurus keperluan harian warga emas itu yang uzur dan p4tah kaki sejak setahun lalu.

“Saya ambil alih jaga nenek setiap hari selepas pulang dari sekolah kerana ibu, Siti Hamimah Mat Desa, 40-an, keluar mencari rezeki sebagai tukang cuci.

“Rutin saya setiap hari pulang sekolah ialah menghidangkan makanan nenek, memandikan dia dan menjaga keperluannya kerana dia tidak boleh bergerak,” katanya ketika ditemui semalam.

NORAINA SHAFIAH (kanan) dan Habibah (tengah) menerima kunjungan Ardanan di Kampung Radek, Chepir, Sik baru-baru ini.

Katanya, selain pengIihatannya kabur, Habibah juga tidak boleh berjalan dan perlu berba­ring selepas sebelah kakinya p4tah terjatuh di bilik air.

“Selesai uruskan nenek, saya akan buat kerja sekolah dan ulang kaji pelajaran dan tidak mempunyai masa untuk bermain seperti rakan sekampung lain.

“Namun, saya tidak kisah sa­ngat kerana ini saja saya mampu buat untuk balas jasa nenek yang banyak berk0rban menjaga kami selama ini.

“Nenek tiada anak dan mengambil 4rwah bapa, Salleh Ibrahim menjadi anak angkatnya sejak kecil untuk tinggal bersama termasuk selepas berkahwin dengan ibu hingga kami tiga beradik lahir,” ujar anak bongsu itu.

Tambahnya, mereka sekeluarga tinggal di rumah Habibah selepas bapanya meninggaI dunia lima tahun lalu akibat s4kit j4ntung sebelum ibu bertindak menjadi ketua keluarga.

Terdahulu, Pengarah Urusan ABD Enterprise, Ardanan Salleh memberi sumbangan wang tunai dan barangan dapur bagi meri­ngankan beb4n mereka sekeluarga.

SUMBER:KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *