Z4limnya..Anjing Kurus Dibiarkan Tertambat Kelaparan Di Rumah Terbiar

Kasihan dan menye,dihkan. Itu keadaan seekor anjing yang dibiarkan dirantai tanpa pantauan di tepi sebuah rumah kosong.
Seekor anjing yang dirantai dalam kelaparan di pintu sebuah rumah terbiar dipercayai dibuang dan ditinggalkan oleh pemilik lama merun,tun hati orang ramai.
Menerusi perkongsian oleh pemilik akaun TikTok @juliaritanordin yang berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan anjing jenis poodle yang kelihatan kurus dan kelaparan diberi makan oleh seorang wanita berbangsa Melayu.
“Lapar te,ruk, habis dia makan,” kata wanita yang membantu anjing tersebut.
Pengguna TikTok @King Ceo yang juga salah satu anggota pasukan Animal Rescue memuat naik perkongsian kisah sebenar mengenai anjing tersebut.
“Tak pasti berapa lama anjing itu merayau-rayau di kawasan itu, tetapi, seorang wanita Cina WhatsApp dalam kumpulan meminta untuk selamatkan poodle kecil itu,” katanya.
Pada 7 Oktober lepas, anjing tersebut dipercayai diikat untuk elak terlepas dan bagi memudahkan urusan mengambilnya untuk dibawa ke pusat Veterinar Aman Suria keesokan paginya.
VIDEO DI TIKTOK @JULIARITANORDIN
Reaksi Netizen
Sehingga kini, video tersebut telah mencapai hampir 5 juta tontonan.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen merasa sedih melihat keadaan anjing tersebut.
Tetapi ramai juga yang meluahkan rasa gembira apabila anjing tersebut berjaya diselamatkan.
Berd0sa besar membiarkan haiwan peliharaan tanpa makanan, lebih te,ruk dibiarkan terikat hingga tidak dapat mencari makanan sendiri.
Sumber : Kosmo / TikTok @juliaritanordin