Albab, Anak Soleh 0KU Jalan Kaki Lebih 2 Jam T0lak Ibu 0KU Ke Klinik

Walau diuji dengan kekurangan upaya, tidak menjadi penghalang bagi seorang lelaki OKU pembelajaran menjaga kebajikan ibunya yang juga seorang OKU walau terpaksa berjalan kaki sambil menolak kerusi roda ibunya ke sana ke mari.
Kisah lelaki bernama Albab dari Pulau Pinang ini dikongsikan oleh menerusi Facebook Steven Sim Chee Keong. Berikut kongsinya;
Tadi ketika saya otw bergegas nak pi mesyuarat saya terserempak seorang lelaki sedang men0lak kerusi r0da warga emas di atas jalan raya yang sibuk.
Terkejut saya nampak mereka berdua berta,rung nyawa cuba nak lintas jalan.
Apabila saya turun kereta untuk tolong mereka lintas jalan, lelaki yang bernama Albab itu bagitau saya bahawa dia nak bawa ibunya yang merupakan seorang OKU pi check-up kat Klin.ik Bandar Perda.
Selalu Jalan Kaki T0lak Hantar Ibu Ke Sana Sini
Saya terus menjadi hi,ba apabila Albab kata dia selalu men0lak kerusi r0da untuk hantar ibu ke sini sana. Kadang kala sampai terpaksa tolak kerusi roda berjalan kaki lebih 2 jam pergi balik untuk hantar ibu ke klinik setiap bulan.
Hati saya bertambah sayu bila dapat tahu rupa-rupanya anak soleh ini seorang OKU pembelajaran. Ya Tuhan, Engkau peliharalah Albab anak soleh ini demi kasih sayangnya kepada ibu tua.
Oleh sebab sudah lambat ke mesyuarat saya tidak sempat nak hantar mereka. Jadi saya terus panggil Grab untuk datang bawa. Saya juga minta seorang pegawai saya untuk iring mereka naik Grab ke kli.nik.
Semasa menunggu Grab, saya berjanji dengan Albab, saya akan melawat rumahnya selepas ini untuk lihat apa yang boleh saya bantu dalam hidupnya. Saya juga akan aturkan teksi percuma untuk bawa Albab dan ibu ke kli.nik setiap bulan. Tak perlu susah susah jalan kaki menolak kerusi roda.
Albab anak yang baik, sayangkan ibu, hatinya begitu suci sekali. Steven pohon tumpang amal mulia Albab itu. Semoga kita semua menjadi macam Albab anak soleh.
Jalan teruih !!
Demikian kongsinya.
Reaksi Netizen
Rata-rata warganet terharu dengan tindakan Steven yang dari dahulu lagi sudah terkenal dengan sikap membantunya terhadap semua tanpa mengira kaum dan agama.
Betapa mulia hati seorang anak, meski kekurangan, tetap menjaga ibu. Tidak semua anak yang normal mampu menjaga kebajikan seorang ibu.
Semoga syurga buat kedua anak-beranak ini. Aamiin.
Sumber : Facebook Steven Sim
[Makluman! Artikel ini tidak bertujuan mempromosi mana-mana parti atau ahli p0litik. Kebaikan dan sikap perikemanusiaan dizahirkan, p0litik diketepikan.]