Unik Dan Comel, Kucing Ini Viral Kerana Miliki Dua Tona Warna Berbeza Di Wajahnya!

Narnia, Kucing Yang Mempunyai Dua Ton Warna Berbeza Di Wajahnya

Seekor anak kucing berjaya mencuri tumpuan apabila bulu pada wajahnya yang mempunyai dua tona warna telah menjadi bualan netizen di seluruh dunia.

Kucing diberi nama Narnia, berusia lima tahun itu mempunyai bulu bewarna kelabu pada bahagian sebelah kanan mukanya manakalan bulu bewarna hitam pada sebelah kiri.

Pemiliknya, Jimenez, ibu kepada lima orang anak yang tinggal di Paris, Perancis, telah membiakkan kucing baka itu selama sembilan tahun.

“Saya sangat terkejut apabila melihat Narnia buat pertama kali. Ada kemungkinan Narnia merupakan chimaera, jadi dua embri0 dalam rahim ibunya bergabung. Seorang pakar genetik sedang menjalankan ujian baharu ke atas Narnia untuk mendapatkan jawapan yang tepat,” kata Jimenez.

Narnia turut mempunyai akaun media sosial Instagram tersendiri iaitu amazingnarnia dan mempunyai 279, 000 pengikut.

Kredit: amazingnarnia/Instagram

Rata-rata pengikutnya mengakui terpesona dengan kecantikkan yang dimiliki oleh Narnia, walaupun ada sebilangan kecil yang tidak mempercayainya dan menganggap gambar-gambar Narnia yang dimuat naik adalah paIsu.

Ujar Jimenez lagi, walaupun wajah Narnia unik, namun Narnia tetap mempunyai tabiat yang sama seperti kucing-kucing yang lain.

Kucing itu banyak menghabiskan masa dengan membuka pintu rumah dan gemar dengan peIukan pemiliknya. Apabila tidur, Narnia suka berdengkur dan setelah bangun pasti akan mencari makanan sebelum sambung bermain.

Koleksi gambar Narnia :

Sumber: The Thaiger

BACA JUGA :

Terlalu Sayang, Anak Kucing Memeluk Erat Bangk4i Induknya Walau Hanya Tinggal TuIang

Hari ini kami akan kongsikan kisah yang sungguh memiIukan tentang seekor kucing kecil yang berada di sebelah kucing yang sudah tidak berny4wa dan tinggal tuIang, namun ia menolak untuk pergi.

Kisahnya bermula apabila seorang individu menemukan bangk4i seekor induk kucing liar yang dipercayai telah m4ti beberapa bulan dan hanya tinggal tulang, namun seekor kucing kecil, mungkin anaknya tetap setia meringkuk di sebelahnya.

Ternyata kucing yang sudah mati tersebut benar adalah induknya.

Keadaan anak kucing yang setia di sisi induknya menyentuh hati individu tersebut sejurus mengundang rasa sebak di hatinya.

“Walaupun Sudah Reput,.. Anak Kucing Ini Masih Erat Memeluknya… Begitu Kuat Ikatan Kasih Sayang Mereka…”

Mungkin, di dalam benak anak kucing itu, dia berpikir bahwa induknya tidak meninggalkannya, tetapi hanya tertidur. Anak kucing itu juga tahu induk kucingnya tidak akan membelai atau menjiIatnya lagi, serta tidak ada lagi sosok ibu yang mengajaknya bermain. Namun (BACA ARTIKEL PENUH)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *