Berpura-Pura M4ti Selama 321 Hari, Lelaki Ini Dapat ‘Watak Penting’ Dalam Filem Siri Terkenal Hollywood!

Lelaki Dapat ‘Watak Penting’ Selepas Pura-Pura M4ti Selama 321 Hari
Untuk menjadi seorang pelakon, banyak peringkat harus dilalui oleh setiap calon sebelum dipilih lebih-lebih lagi jika ianya merupakan filem yang terkenal. Namun, di Amerika Syarikat, siapa sangka hanya dengan ‘bakat’ berpura-pura m4ti membolehkan lelaki ini menjadi pelakon untuk satu siri terkenal Hollywood.
Josh Nalley, seorang pengurus restoran di Kentucky, Amerika syarikat sering berkongsikan video ‘m4ti’ beliau di akaun TikTok @living_de4d_josh. Setelah memuat naik video beliau ‘m4ti’ dengan pelbagai senario selama 321 hari berturutan tanpa henti, Josh telah mendapat peranan istimewa sebagai m4yat untuk salah satu episod CSI: Vegas.
Dengan hasil kerja kerasnya memuat naik banyak video tidak berny4wa itu ternyata menarik perhatian produser rancangan TV tersebut.
Nalley akan memainkan watak orang m4ti dalam episod CSI: Vegas yang akan datang. Tawaran tersebut membuatnya sangat gembira. Dia meraikan kegembiraannya dengan membuka sebotol ch4mpagne.
“Saya tidak pandai bercakap di depan kamera tetapi saya pandai berbaring dan berlakon menjadi orang m4ti dengan mudah. Saya fikir jika saya cukup kreatif memainkan watak orang yang tidak berny4wa, saya boleh mencuri perhatian rancangan televisyen dan itu menjadi kenyataan sekarang,” katanya kepada Louisville Courier Journal.
Dia memaklumkan dia mendapat idea itu selepas melihat seorang wanita menyiarkan tentang sos pedas di TikTok dan menerima pelbagai tawaran daripada peruncit, yang membuatkan dia tertanya-tanya sama ada dia boleh melakukan perkara yang sama dengan memainkan watak m4yat di TikTok.
Sementara itu, dia terus menyiarkan video dirinya yang berpura-pura m4ti di akaun TikTok miliknya untuk peminat menonton.
Menerusi video TikTok tersebut, ramai meminatinya serta mengatakan untuk terus memuat naik video-video selepas debut menjadi pelakon untuk ditonton pada masa akan datang.
Sumber : V0cket