Kerana Kesempitan Hidup, 8 Beranak Tinggal Dalam Bangsal

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul beban kemelaratan hidup. Itu yang dihadapi oleh ibu kepada 7 orang anak ini.
Kesempitan hidup membuatkan 8 beranak di Kampung Kuala Ayer Merah, Machang, Kelantan tiada pilihan melainkan terpaksa tinggal di dalam bangsal sejak hampir sebulan lalu kerana tidak mampu menyewa rumah.
Zuraini Pauzi, 47, berkata, dia bersama 7 anaknya berusia di antara 3 hingga 18 tahun terpaksa berteduh di bangsal namun tetap gusar memikirkan risik0 keselamatan mereka sekeluarga ketika hujan dan menjelang musim teng,kujuh.
Ahli Keluarga Lain Pelawa Tinggal Bersama, Namun Ditolak Kerana..
Katanya, sebenarnya bangsal itu adalah milik kakaknya dan ahli keluarga lain mempelawanya sekeluarga tinggal bersama namun dia men0lak disebabkan tidak mahu membebankan mereka yang mempunyai anak ramai serta bukan dalam kalangan orang yang senang.
Menurutnya lagi, sebelum ini dia menyewa rumah di kawasan berdekatan dengan bayaran RM100 sebulan namun sejak sebulan lalu dia tidak mampu membayar sewa dan mengambil keputusan keluar dari situ.
Bekerja Sebagai Tukang Rumah
“Untuk menyara keluarga, saya bekerja sebagai tukang rumah dengan upah yang diperoleh sekitar RM50 sehari.
“3 anak saya yang bekerja di J0hor Bharu ada mengirimkan wang belanja pada setiap bulan namun ia cukup sekadar untuk perbelanjaan harian kami sahaja.
“Bangsal yang dihuni ini tidak ada kemudahan tandas dan setiap kali mandi, saya serta anak-anak terpaksa menumpang di rumah kakak atau ibu yang berdekatan selain elektrik juga terpaksa disambung dari rumah mereka dan pada masa sama ada kalanya penduduk yang bersim,pati akan menghulurkan makanan untuk kami sekeluarga mengalas perut,” katanya ketika ditemui di Kampung Kuala Ayer Merah.
Terdahulu bdan bukan krajaan (NG0) Cempaka Merah Asnaf S0ciety yang diwakili Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed hadir menziarahi keluarga berkenaan dan menyampaikan smbangan bagi meringankan bban selain bertanya keperluan yang diperlukan.
Pernah Serah 2 Bayi Kepada Saudara Terdekat
Zuraini berkata, akibat kem1skinan hidup, dia terpaksa menyerahkan 2 anaknya kepada saudara terdekat ketika anak-anaknya itu baharu berusia 3 hari.
“Pada ketika perasaan sebagai ibu tidak keruan apabila berpantang tanpa anak di sisi, namun saya perlu menguatkan semangat demi memastikan keba’jikan mereka terjaga.
“Malah keptusan untuk menyerahkan anak kepada orang lain untuk dijaga adalah keptusan yang sukar pernah dibuat, tetapi apakan daya kerana kesmpitan hidup dan mujurlah anak-anak yang lain memahami kesu.sahan dialami dan mereka tidak pernah bersu,ngut atau meminta apa-apa di luar kemampuan saya,” katanya.
2 Anak Berhenti Sekolah
Katanya, pada masa sama, 2 anaknya iaitu Muhammad Mubarak Mohamad Albab, 16, hanya sempat bersekolah di Tahun 6 manakala Nor Azmida Balqis, 14, pula mengambil keputusan untuk berhenti pada awal Januari lalu.
“Walaupun 2 anak mengambil keputusan untuk berhenti sekolah, besar harapan saya 4 anak berusia antara 7 hingga 12 tahun dapat terus bersekolah kerana mereka masih memiliki masa depan untuk mengubah nasib kami sekeluarga,” katanya.
Komen Warganet
Semoga keluarga ini segera dibantu terutamanya dari segi persekolahan anak-anak.
Sumber : Hmetro