[Video]Pokok Aneh Berusia 150 Tahun Yang Mengeluarkan Air Seakan Air Terjun

Bumi ciptaan Tuhan ini dipenuhi dengan pelbagai kejadian mahupun fenomena aneh, ajaib dan misteri. Salah satunya sebatang pokok yang berusia lebih 100 tahun (ada yang mengatakan 150 tahun) yang menarik perhatian dunia kerana mengeluarkan air yang banyak seolah air terjun daripada batangnya.

Dalam banyak-banyak pokok, sebatang pokok mulberi yang berada di selatan Eropah ini, secara spesifiknya di kawasan perkampungan Dinosa, yang berada 5 kilometer dari Podgorica, Montenegro disifatkan sebagai pokok yang aneh dan misteri kerana dapat mengalirkan air.

Menurut penduduk tempatan, Emir Hakramaj, pokok tersebut mula mengeluarkan air dalam 20 hingga 25 tahun lepas. Menurut mereka, ianya adalah satu keajaiban dan kurniaan daripada Tuhan.

Kejadian tersebut bukanlah buatan manusia, bukan dimanipulasi dari tangan manusia namun terjadi secara alami. Fenomena aneh ini meraik ramai pelancong termasuk para saintis dari seluruh dunia untuk datang menyaksikan sendiri kejadian tersebut.

Berdasarkan kisah dongeng lagenda tempatan, kejadian itu dikatakan berlaki kerana ahli-ahli sih1r Tuhala berkumpul di bawah tanah dan saling memkul satu sama lain dengan batang pokok menyebabkan air melimpah keluar dari pokok itu.

Namun, para pakar mempercayai air yang keluar daripada pokok itu bersumber daripada tasik yang dijalari oleh akar pokok itu. Tekanan air yang tinggi lebih-lebih lagi ketika hujan menyebabkan kawasan sekitar diteng.gelami air. Tekanan air yang tinggi menyebabkan air keluar melalui pokok tersebut.

Memang menakjubkan! Maha Besar Allah yang mencipta apa sahaja yang dikehendakinya.

Sumber : Indiatimes/ Radiofree Europe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *