Guru KAFA Hidup Mskin Terbe,ban, Elaun Hanya RM1000 Sebulan

Ketika pekerja di industri lain seperti pekerja kilang dan pengawal keselamatan termasuk warga asing sudah lama menikmati gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan, namun pendapatan guru-guru Kelas Agama dan Far­dhu Ain (KAFA) masih lagi berada di bawah paras kemiskinan.

Difahamkan setakat ini terdapat kira-kira 35,000 guru KAFA di seluruh negara masih dibayar ‘upah’ serendah RM1,000 sebulan walaupun peranan mereka besar dalam mengajar pendidikan Islam kepada anak-anak untuk menjadi Muslim sejati dan insan syumul.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB), Muhd. Fadhli Jusoh memberitahu, sehingga kini, gaji atau dikenali sebagai elaun yang dibayar kepada guru-guru KAFA adalah RM1,000 sebulan.

Menurutnya, cuma hanya beberapa negeri iaitu Johor dan Selangor yang menambahkan elaun sebanyak RM500 lagi untuk me­ringankan beban mereka, menjadikan elaun terkini RM1,500 sebulan.

“KKGAMB berpandangan sudah sampai masanya kerajaan menggunakan peruntukan Perlembagaan Perkara 3 iaitu Islam Agama Persekutuan dengan mengambil apa-apa dana daripada wang disatukan negara untuk kepentingan agama Islam.

“Ini termasuklah memperkemaskan skim perjawatan guru KAFA sebagai antara kumpulan guru yang memastikan akidah dan syariah Islam serta akhlak bagi umat Islam terpelihara,” katanya.

Kos Sara Hidup Semakin Meningkat, Guru KAFA Kian Terbeban

Muhd. Fadhli berkata, de­ngan hanya mengharapkan elaun RM1,000 itu telah menyebabkan ramai guru KAFA sentiasa terbeban untuk menyara kehidupan dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Katanya, sejak KAFA diwujudkan pada tahun 1990, perjawatan guru KAFA juga masih berstatus jawatan kontrak sambilan yang dilantik dari tahun ke tahun.

“Tanpa perjawatan tetap, guru-guru KAFA tidak menerima sebarang latihan mengajar, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kaedah sendiri untuk mengajar bagi memastikan kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan.

“Bagaimanapun, guru-guru agama berkenaan tiada pilihan selain terus menyumbang bakti dan tenaga dengan memberikan tumpuan kepada tugas mereka, namun masih mengharapkan perhatian kerajaan bagi membantu meringankan beban mereka itu,” ujarnya.

‘Apa Kami Boleh Buat, Hanya Redha’

Sementara itu seorang guru KAFA, Siti, yang telah 20 tahun berkhidmat berkata,  “Apa kami boleh buat, hanya reda. Memanglah terbe.ban sebab harga barang naik, tetapi pendapatan kami berada di tahap kemis.kinan.”

Gambar hiasan

Itu katanya yang kini masih menerima bayaran elaun seba­nyak RM1,000 sebulan. Katanya, dengan pendapatan sedemikian, sememangnya jumlah tersebut tidak dapat menampung ke­perluan keluarga.

Malah, menurutnya, tanpa faedah lain termasuk cuti bersa.lin kerana berjawatan k0ntrak telah menyebabkan kehidupan mereka sentiasa dihim.pit bebanan.

“Saya terpaksa buat kerja lain seperti menjahit kerana suami pun kerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu.

“Nasib kami memang agak terbe.ban kerana bukan sahaja pendapatan rendah, malah kalau cuti, tiada pendapatan,” katanya.

Ramai guru Kafa lain berharap elaun dapat dinaikkan dan diberikan status perjawatan tetap bagi meringankan beban serta mendapat pelbagai keistimewaan, sekali gus dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Walaupun faktor gaji tidak menghalang mereka melakukan kerja dengan baik, namun sekurang-kurangnya dengan kenaikan gaji dapat membantu meringankan beban dan meningkatkan semangat untuk bekerja.

Tugas Guru KAFA Juga Berat, Datang Awal Sejam Ke Kelas

Seorang lagi guru KAFA, Azie berkata, tugas sebagai guru KAFA adalah berat apabila mereka perlu memastikan murid-murid dapat menguasai pendidikan Islam dengan baik khususnya yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

Katanya, dia biasanya akan datang ke kelas kira-kira sejam lebih awal bagi memastikan pr0ses pengajaran berjalan lancar dan memantau murid-murid yang datang awal.

Gambar Hiasan

Terima Tekanan Dari Ibu Bapa

“Sebenarnya kami juga mene­rima tekanan daripada ibu bapa yang sudah tentu mahukan anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam UPKK memandangkan ia merupakan syarat untuk menyambung pelajaran di sekolah agama.

“Kami memang bekerja bersungguh-sungguh dan berharap agar masa.lah ini dapat diberikan perhatian agar kami terus mampu menjalankan amanah dengan baik,” ujarnya.

Reaksi Warganet

Meninjau resp0n daripada warga maya, rata-ratanya menyokong kenaikan gaji guru KAFA di negara ini.

Guru KAFA berperanan penting..

Pekerja Asing Lebih Tinggi Gaji

Semoga ada tindakan dari pihak kerajaan pusat mahupun negeri untuk menaikkan elaun guru KAFA memandangkan kehidupan kini yang semakin mencabar ditambah dengan kenaikan harga barangan.

Apapun, diucapkan terima kasih Ustaz/ Ustazah yang telah mendidik kami mengenal Al-Quran walau kalian terpaksa bertahan dengan elaun yang kurang setimpal dengan peng0rbanan kalian.

Sumber : Kosmo 1, 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *