‘Mama..mana mama ni..tolonglah saya’

‘Mama..mana mama ni..tolonglah saya’. Mungkin itulah yang terdetik di hati anak ini setelah tahu betapa sukarnya masa depan beliau tanpa dokumen kelahiran yang sah.

Memilukan. Masa depan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun terumbang-ambing selepas ditinggalkan ibu kandung tanpa sijil kelahiran sah.

Susulan itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Tampin sedang berusia mengesan waris kanak-kanak itu yang ditinggalkan sejak 2018.

Difahamkan kanak-kanak itu, Muhamad Miqail Abdul Qayyum (lisan) diserahkan kepada satu keluarga beralamat di Blok Anggerik Apartmen, Taman Tun Teja, Rawang, Selangor pada 2018.

Menurut JKM lagi, kanak-kanak itu dijaga keluarga terbabit atau hak penjagaan sementara kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) susulan ibu kandungnya tidak dapat dikesan.

“Kanak-kanak ini dirujuk ke JKM Daerah Tampin yang mana dia dijaga oleh OYLS sejak berusia seminggu selepas diserahkan oleh seorang wanita bernama Aisyah di alamat Blok Anggerik Apartmen, Taman Tun Teja, Rawang.

“Maklumat lengkap ibu kandungnya tidak diketahui dan kanak-kanak ini masih belum mempunyai sijil kelahiran,” katanya tadi.

Menurutnya, Pegawai Pelindung kini di dalam usaha mengesan waris kanak-kanak terbabit demi kebajikannya pada masa hadapan.

“Sehubungan itu, jabatan ini mengalu-alukan waris atau individu yang mempunyai maklumat ibu dan bapa kandung atau waris kanak-kanak untuk menghubungi Pegawai Pelindung kes ini, iaitu Maznah Tamby di talian 06-4411646.

Semoga urusanmu dipermudahkan wahai anak!

Sumber : Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *