Berbuah Lebat, Pemuda Ini Kongsi Hasil Tanam “Golden Melon” Di Kawasan Rumah Dengan Memanfaatkan Ruang

Berbuah Lebat, Pemuda Kongsi Hasil Tanam “Golden Melon” Di Kawasan Rumah
Seperti yang kita ketahui, di kawasan bandar, keluasan tapak menjadi salah satu cabaran di petempatan yang padat. Namun, seiring perkembangan teknologi, pelbagai sektor mengalami revolusi tersendiri termasuk sektor pertanian.
Tambahan lagi, kita dapat melihat semakin banyak tanaman moden yang diserapkan dalam teknik pertanian terutamanya di kawasan bandar. Aktiviti pertanian pula meliputi pelbagai tanaman seperti sayur-sayuran, tanaman estet dan juga buah-buahan.
Bagi penanaman buah-buahan, Buah Melon atau Golden Melon semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita.
Buktinya, menerusi satu perkongsian oleh Yazid Nazry’s dalam Kumpulan Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri yang memaparkan hasil tanaman yang dijalankan di halaman rumah.
Ketika dihubungi SiakapKeIi, Mohamad Yazid Mohamad Nazri, 33, berkata dia mula menceburi aktiviti pertanian buah Golden Melon itu sejak Perinth KawaIan Pergerakan (P K P) pada tahun 2020 lalu.

Menurutnya, pada awalnya dia hanya berjinak-jinak dalam bidang itu sebagai hobi di rumah namun mula serius sebelum berjaya menjadikan ia sebagai pendapatan sampingan.
“Saya bermula sejak P K P 2020. Saya berkebun dalam kawasan rumah sebagai hobi. Awalnya saya mula berkebun secara kecil namun saya telah mendapat peluang selepas berpindah ke rumah yang mempunyai kawasan yang lebih luas.
“Ini merupakan aktiviti sampingan saya sebelum dan selepas bekerja,” katanya sewaktu dihubungi SiakapKeIi.

Susulan daripada tekanan emosi dan kewangan yang dialami akibat PKP, dia memutukan untuk mula bercucuk tanam meskipun dengan hanya mempelajari di media sosial sebagai rujukan.
“Alhamdulillah. Semuanya menjadi terapi dan permintaan melon saya mendapat sambutan,” katanya lagi.
Baginya, dia lebih gemar menikmati hasil titik peluh dalam berkebun agar orang ramai dapat menikmati hasil pertaniannya.
Tambahnya, latar belakang dari keluarga petani juga bagaikan menjadi seperti darah yang sudah sebati mengalir dalam badannya untuk terus menerokai bidang yang sedang giat dijalankannya.
Dia kini bekerja dalam sektor swasta di sebuah syarikat arkitek di ibu kota dan menjalani kehidupan seperti orang lain.
Sistem & Kaedah Penanaman

Penanaman buah Melon ini menggunakan kaedah High Density Planting (HDP) iaitu dengan memanfatkan ruang semaksimum mungkin dalam masa yang sama mendapatkan hasil yang banyak dan lumayan.
Tambahnya, pokok itu ditanam dalam jarak yang rapat dengan menggunakan polibeg bantal berukuran 1 meter.
Ia sekaligus menjimatkan ruang dan menjadikan sususan pokok lebih teratur.

Penanaman pokok Melon itu menggunakan empat lubang dengan jarak lubang bagi setiap pokok adalah 7 atau 9 inci lebih.
Manakala jenis baja yang digunakan pula adalah jenis AB bagi penanaman pokok melon ini.
Kejayaan dalam penghasilan Golden Melon ini oleh saudara Yazid telah memukau ramai pengguna di media sosial. Diharapkan lebih ramai lagi golongan muda akan terlibat dalam aktiviti sebegini.
Sumber: Yazid Nazry’s Via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri via SiakapkeIi