Menginsafkan! Ini Sebabnya Kenapa Gitaris Terkenal Keluar Dari NOAH

Peminat lagu-lagu dari kumpulan band Indonesia terkenal iaitu NOAH atau Peterpan pasti akan mengenali setiap sosok dalam kumpulan tersebut. Paling terkenal pastilah penyanyi utamanya, Ariel, namun, yang tidak kurang popular juga adalah pemain gitar kumpulan itu, Uki Kautsar.

Mohammad Kautsar Hikmat atau paling akrab dipanggil Uki Kautsar lahir pada 5 Oktober 1981. Anak bongsu dari 3 beradik ini, kini adalah mantan gitaris NOAH. Menurutnya, dia keluar dari NOAH sejak 8 Ogos 2019.

Ketika band itu sudah berada di puncak populariti dengan hasil keuntungan setiap persembahan atau album yang bukan sedikit itu, Uki Kautsar malahan membuat keputusan menarik diri atau cuci tangan dari kumpulan tersebut.

Pastinya, ini membuat ramai tercengang, terkejut apatah lagi peminat tegar NOAH. Kenapa? Mengapa? Ramai tertanya-tanya.

Peranan Seorang Isteri

Hijrah Uki Kautsar sebenarnya bukanlah mendadak. Ia bermula sejak isterinya, Metha Yunatria, yang juga seorang bekas selebriti di negara itu sering mengikuti kajian, dan ada sekali dia menghantar video ceramah seorang ilmuan, Ustaz Riza Syafiq Basallamah. “Coba deh ikutin kajian Ustaz (Riza),” demikian ujar isterinya, sebagaimana diceritakan Uki.

Berkongsi kisah, pada satu titik dalam hidupnya, ketika baru pulang dari mengerjakan umrah, Uki berasa ada banyak perkara tentang agama yang dia tidak tahu dan sangat teringin mempunyai guru agama sendiri. “Pengen nanya sedikit-sedikit tentang musik,” katanya lagi.

Dengan izin Allah, pada suatu hari dalam perjalanan menuju ke Bangka Belitung, Uki berada satu pesawat dengan Ustaz Riza Syafiq, duduk tepat di belakang tempat duduk Uki. Meski belum berapa mengenali sosok ustaz itu, Uki mengambil kesempatan bertanya soalan melalui mengenai muzik pada secebis kertas yang dikoyakkan.

Namun, ustaz tidak menjawab secara terus, bahkan ketika hendak keluar dari pesawat, dia memeluknya dan meminta agak banyakkan berdoa selain meminta Uki untuk hadir ke kajian ilmiahnya selepas Subuh di Bangka Belitung. Dan itulah kajian pertama yang dihadiri oleh Uki.

Manakala, ustaz Riza Syafiq yang sebetulnya tidak mengikuti perkembangan muzik, tidak mengenali Uki.

Detik itu menjadi bukti bagaimana hidayah Uki itu sampai, melihat kesungguhan beliau dalam keadaan tercari-cari, bukan dalam keadaan hati yang berpaling. Allah memudahkan Uki mendapat hidayah.

Balik dari kajian itu, hatinya belum tenang, masih terfikir-fikir dan gundah. Sejak itu, Uki dan isterinya melazimi kajian-kajian ilmiah, Uki sudah tidak mahu membuat persembahan di kafe/kelab yang ada menjual arak. Beliau berkeinginan kuat untuk menjadi muslim yang lebih baik. “Tapi kalau posisinya di sini (di band) gak bisa,” tambahnya.

Bagaimanapun, Uki tidak terus berhenti dari band tersebut. Pada suatu hari, mereka membuat sebuah persembahan konsert pada malam tahun baru.

Suatu Pagi, Selepas Konsert Tahun Baru

Dan, apa yang membuat hati Uki benar-benar mahu berhenti dari meneruskan karier sebagai ahli muzik adalah selepas dari konsert tersebut, pada suatu pagi, ketika keluar dari hotel, menaiki kereta, dan melalui tapak pengunjung yang hadir konsert tersebut, beliau terlihat sisa-sisa botol arak bersepah-sepah.

Pemandangan yang membuatkannya terfikir, sebuah dunia hiburan yang begitu berbeza dengan kajian agama, saling berlawa.nan, dunia yang saling tidak menyatu.

Dan beliau terfikir semasa konsert juga, di hadapannya adalah wanita-wanita dan lelaki bercampuran tanpa ikhtilat. Itu membuatnya teringat anak-anaknya. Bagaimana jika anak-anaknya juga begitu. Hatinya bertambah gundah gulana.

Lantas beliau jadi terfikir betapa besar dosa yang ditanggung, bukan sahaja dosa kerana persembahan konsert tetapi juga dosa-dosanya menarik begitu ramai pengunjung yang hadir tanpa ikhtilat.

Dan itulah yang benar-benar membuatkannya nekad untuk menarik diri, berhenti, mencuci tangan daripada dunia band.

Keputusan sudah bulat, tidak mahu meminta pendapat sesiapa termasuk keluarga sendiri, mujur, ahli kumpulannya tidak ada yang menentang atau mempersoal keputusan yang dibuat Uki. Semuanya hanya diam dan faham. Malahan, sehingga kini Uki dan kumpulan itu, terutamanya Ariel masih lagi berhubung sebagai sahabat.

Demikian perjalanan hidayah seseorang. Jika mencari dengan ikhlas, Allah akan membantu mempersiapkan jalannya selangkah demi selangkah, sehingga sesuatu yang difikirkan sukar, akan menjadi mudah.

Subhanallah!

Semoga menjadi inspirasi buat para pencari hidayah, agar tidak berputus asa berdoa serta ditunjukkan jalan yang benar dan diredhai.

Doa adalah kekuatan yang sangat dahsyat apatah lagi ketika kita sedang sedih mahupun keliru. Mintalah kepada Allah SWT sungguh-sungguh, jangan membuat keputusan sendiri. Itulah antara mutiara nasihat yang dipesan oleh Ustaz Riza Syafiq ketika mengakhiri wawancara santai bersama Uki tentang pengalamannya berhijrah.

Lihat wawancara tersebut :

Meninjau ruangan komen, ramai yang menyokong hijrah Uki Kautsar selain berdoa agar sentiasa mendapat hidayah.

Sumber : Islampos / Youtube Serlok Kuliner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *