Hati-Hati Masak Kangkung, Ini Cara Cuci Kangkung Agar Bebas Cacing

Baru-baru ini tular sebuah gambar memaparkan batang kangkong dibelah terdapat cacing di dalamnya.

Berikut tulisan pada perkongsian menerusi facebook Pertanian Satu Perniagaan itu;

Berhati-hati kalau nak masak kangkung. Be.lah dulu batang kangkung tu. Kadang-kadang ada lintah ataupun pacat.

Sebaiknya rendam dulu kangkung dlm air garam…segala cacing dan lintah akan keluar

Jangan pula tak makan kangkung dah lepas ni, sebab kangkung banyak khasiat.

Merespon kepada perkongsian itu, ramai yang mencadangkan agar membeli kangkung yang masih mempunyai akar kerana cacing tidak dapat masuk ke dalam rongga batang sayuran itu.

Ramai juga yang sering membe.lah-be.lah dahulu batang kangkung sebelum direndam ke dalam air garam.

Cara Bersihkan Kangkung Agar Bebas Kotoran

Menurut laman Food.detik, begini cara membersihkan kangkung agar benar-benar bersih dari telur cacing, ulat ataupun bakteria;

[1] Pot0ng Daun Dan Batang Satu Persatu

Biasanya, ramai yang akan terus mem0tong sayuran itu sekaligus agar lebih cepat dan jimat masa. Namun, ada baiknya mem0tong satu persatu. Meski agak lama tapi dengan cara ini, kita dapat melihat k0toran, keadaan daun dan batang kangkung dengan lebih teliti.

Untuk batang kangkung yang agar besar, be.lah dahulu agar terlihat lintah, cacing atau ulat yang bersembunyi di dalam batang sayuran itu.

[2] Rendam dengan air garam

Untuk mencucinya, siapkan air di dalam besen secukupnya dan masukkan 1 atau 2 sudu garam hingga melarut kemudian rendam kangkung tadi beberapa minit atau 30 minit hingga yakin benar-benar bersih. Air garam akan mem4tikan serangga dan melarutkan kot0ran yang melekat pada kangkung.

[3] Rendam dengan larutan cuka

Selain air garam, boleh juga digunakan cuka makan. Siapkan air bersih secukupnya dan masukkan 1 atau 2 sudu makan cuka, kemudian rendam beberapa minit sebelum ditos bersih.

[4] Cuci di bawah air mengalir

Selain itu, cuci kangkung di bawah air mengalir sambil menggosok rongga di dalam batang kangk0ng yang telah dibelah agar segala jenis kotoran keluar.

[5] Rebus

Jika hendak benar-benar bersih serta cacing dan bakteria m4ti, rebus kangkung dalam air mendidih hingga daunnya berubah warna dan layu.

Kemudian segera toskan dan masukkan ke dalam air bersih yang ada ketulan ais agar warnanya tetap hijau segar.

Kemudian cucilah berulang kali sehingga yakin sudah tiada yang ‘menumpang’ di dalam sayuran anda.

Sentiasa memakan kangkung yang sudah dimasak agar terhindar daripada termakan bakteria berb4haya ataupun cacing, lintah dan siput babi kecil.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Sumber : Facebook Pertanian Satu Perniagaan / Food.detik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *