Wanita Ini Kongsi Buat Baja Guna 2 Bahan Di Dapur Buat Pokok Subur Tanpa Baja Kimia

Biasanya, selepas mengambil isinya, kulit telur biasanya dibuang begitu sahaja. Tapi tahukah anda, ia sebenarnya mampu menjadikan pokok tanaman hidup subur? Kulit telur kaya dengan kalsium yang boleh berubah menjadi kalsium karbonat sekali gus berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman.
Seorang wanita menerusi laman Facebooknya berkongsi cara membuat baja menggunakan 2 bahan yang ada di dapur termasuk kulit telur. Berikut kongsinya;
Jangan Buang Kulit Telur Kerana Banyak Khasiat Untuk Pokok Kita.
Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan.
Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan per0sak organik.
Saya menggunakan kulit telur dihan.curkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.
Bahan
[1] Kulit telur yang telah dijemur hingga kering
[2] Serbuk kopi terpakai
Langkah-langkah
[1] Tum.buk kulit telur yang dikumpul dengan menggunakan lesung batu. Tum.buk sehingga han.cur menjadi serbuk halus.
[2] Gaulkan hingga sebati bersama serbuk kopi yang sudah dipakai.
[3] Masukkan ke dalam botol dan bolehlah digunakan sebagai baja pada pokok-pokok tanaman anda.
[4] Taburkan pada bahagian tanah (pangkal pokok).
Demikian kongsinya. Sangat mudah dan praktikal. Hasilnya, pokok yang ditanam pun lebih subur.
Bukan sahaja jimat belanja, penggunaan bahan terbuang dari dapur pun lebih selamat untuk kesihatan dan juga persekitaran.
Kelebihan Baja Kulit Telur
- Kalsium tambahan dapat membantu mencegah blossom-end rot (busuk dihujung bunga atau buah)
- Kulit telur tidak mengandungi bahan yang tidak memberi kesan berba.haya kepada alam seperti sesetengah baja kimia.
- Kalsium penting untuk membina ‘tulang’ iaitu dahan yang sihat pada dinding sel tumbuhan.
- Kajian menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Facebook Emi Zurayni Lot/ Sinarplus