Ibu Ayah Sudah Lama Men1nggal, Kakak Jaga 3 Adik Susah Senang Bersama

Ketabahan dan kesanggupan serta peng0rbanan seorang kakak sulung mengambil alih tugas seorang ibu dan ayah kepada 3 adik menyentuh hati ramai.

“Kak Long, Yas s4kit sangat,” rintih seorang adik, Mohammad Alias Baharudin, 24, yang meruntun hati kakaknya, Nurul Shahida, 30.

Mohammad Alias atau Yas kini terlantar di rumah kerana mengalami kecede.raan mele.cur dari atas punggung hingga ke kaki, kedua-dua tangan selain muka dan leher selepas terbabit insi.den keba.karan di tempat kerjanya di Perak, bulan lalu.

Ibu Ayah Sudah Meningg4l 15 Tahun Lepas

Nurul Shahida berkata, dia mengambil tugas menjaga 3 adiknya sejak ibu, Siti Aminah Abdullah mening.gal dunia kerana k4nser rahim pada 2008 manakala bapa, Baharudin Dollah mening.gal dunia kerana k0mplikasi da.rah tinggi 2 tahun selepas itu.

Menurutnya, biarpun sudah mempunyai keluarga sendiri namun naluri sebagai kakak sulung melebihi segalanya walaupun dia terpaksa membahagikan masa menjaga adik ke-3 nya itu.

“Ayah mening,gal dunia ketika saya masih belajar di sebuah p0liteknik dan sejak itu Yas terpaksa dihantar ke rumah anak yatim selama 3 tahun manakala adik bongsu dijaga ibu saudara dan adik ke-2 pula sudah merantau mencari kerja.

Ambil Adik-Adik Tinggal Bersama Selepas Tamat Belajar

“Selepas tamat belajar saya mengambil Yas dan adik bongsu tinggal bersama di rumah kami di Sik, Kedah dan sejak itu melalui susah senang bersama dengan ihsan keluarga dan jiran.

“Selepas berkahwin saya ikut suami (Mohd Afif Fahmi Mat Jamil, 30) berpindah ke Langkawi dan turut membawa mereka bersama,” katanya yang tinggal di Temoyong, Langkawi ketika dihubungi.

Nurul Shahida memuat naik kisah adiknya dan menceritakan ujian yang menimpa sejak kehilangan ibu bapa di Tik Tok.

Tindakan wanita itu mengundang sebak warganet apabila dia menceritakan adiknya berulang kali memohon maaf dalam keadaan menahan kes4kitan kerana bimbang membebankannya.

“Yas berterima kasih kerana menjaganya dan hati saya ketika itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu kerana saya tidak akan biarkan ketiga-tiga adik saya melalui ujian seorang diri.

“Kini Yas semakin pulih namun masih memerlukan rawa,tan susulan di H0spital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar termasuk mencuci kesan terb4kar setiap 3 hari.

Syukur, Suami Dan Anak Memahami

“Saya bersyukur suami dan anak memahami situasi saya ketika ini, malah majikan Yas juga selalu bertanya khabar, memberi s0kongan dan bantuan sepanjang Yas di h0spital,” katanya.

Berhubung video Tik Tok yang dimuat naiknya itu, Nurul Shahida berkata, dia hanya menjadikan ‘kisah’ itu sebagai kenangan keluarga mereka.

“Saya buat video itu ketika di h0spital kerana se,dih dan ri,sau melihat keadaan Yas. Mungkin kerana penat saya terlalu fikirkan yang bukan-bukan termasuk jika Yas tinggalkan kami dan saya bersyukur keadaannya semakin baik,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Alias berkata, dia juga sangat berterima kasih dengan kakaknya yang menjaga dan menguruskannya sepanjang dia terlantar di h0spital selama hampir sebulan.

Katanya, angg0ta badannya terb4kar 35% dan kulit di paha serta lengannya diambil untuk ditampal di kawasan yang mele,cur.

“Saya risau membebankan Kak Long kerana dia ada anak dan suami yang perlu diberi perhatian. Saya berterima kasih kerana dia tidak pernah menge,luh menjaga termasuk ketika saya memakai pakai lampin buang.

“Alhamdulillah, sekarang semakin baik cuma saya tak boleh duduk terlalu lama dan sukar nak tidur malam kerana badan gatal tetapi tak boleh digaru kerana tidak baik untuk kesan mele,cur itu,” katanya sambil memberitahu itu ujian paling ge,tir.

Kakak yang sangat bertanggungjawab. Begitu juga dengan suaminya yang tidak menghalang seorang isteri menjaga adik-adiknya yang masih memerlukan.

Semoga kehidupan keluarga ini diberkati, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan.

Sumber : Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *