Inilah Pemuda Istimewa Yang Tampil Di Pentas Upacara Pembukaan World Cup Qatar, Bukan Calang-Calang!

Sesiapa yang menyaksikan upacara pembukaan Piala Dunia Qatar akan menyaksikan detik mengharukan di mana seorang pemuda istimewa tampil ke pentas naik ke atas pentas Stadium Al Bayt, Qatar, dengan dua belah tangannya, kerana tidak mempunyai kaki.

Menjadi tuan rumah buat kali pertama, Qatar membuat kejutan apabila ayat suci al-Quran berkumandang dalam acara kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) buat pertama kali dalam sejarah.

Berjalan di atas pentas dari arah bertentangan, duta Piala Dunia (FIFA), seorang pemuda 0KU, Ghanim Al-Muftah, 20, bertemu dengan selebriti Amerika yang juga pengarah filem terkenal dunia, Morgan Freeman.

Di tengah-tengah pentas, mereka bertemu dan memulakan perbualan tentang kemanusiaan, Morgan kelihatan duduk, merendahkan dirinya agar dapat bertentang mata dengan pemuda istimewa, Ghanim.

Dalam perbualan tentang kesatuan bangsa, Ghanim melantunkan ayat ke 13 surah Al-Hujurat serta terjemahannya dalam Bahasa Inggeris.

Maksud ayat 13 Surah Al-Hujurat; “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.”

Ghanim Al-Muftah

Pemuda istimewa ini dilahirkan pada 5 Mei 2002 dengan sindr0m yang jarang ditemui iaitu Caudal Regression Syndr0me, yang mempengaruhi perkembangan bahagian bawah tubuh badan.

Ketika ibunya mengandungkannya, ramai yang mencadangkan agar ibunya mengu,gurkannya namun ibunya tetap dengan keputusan untuk melahirkannya.

“Saya akan menjadi kaki kirinya, dan anda akan menjadi kaki kanannya” kata ibunya.

Ghanim menjadi usahawan termuda Qatar, yang mengasaskan perniagaan aiskrim, Gharissa Ice cream yang bertaraf 5 bintang. Telah mendaftarkan perniagaannya untuk difrancaiskan, beliau sedang berusaha mengembangkan perniagaan tersebut di dalam dan luar negara.

Meski dengan kekurangan fizikal, Ghanim merupakan seorang yang aktif bermain pelbagai jenis sukan.

Antara sukan eks.trim yang dilakukannya adalah scuba diving, skateboard dan rock climbing, beliau turut berharap akan menjadi atlet paralimpik satu hari nanti.

Di sekolah, Ghanim bermain bola sepak dengan memakan kasut pada tangannya dan akan mengejar bola tersebut dengan rakan-rakannya yang normal.

Tidak menyerah dengan keadaan diri, Ghanim belajar mengatasi setiap cabaran dan halangan dengan sikap positif.

Kini, pemuda istimewa ini sedang melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang sains politik dan bercita-cita menjadi seorang diplomat.

Tidak hanya itu, Ghanim menyerlahkan potensi diri dengan di media sosial dengan lebih dari 7 juta pengikut di TikTok, lebih dari 3.3 juta pengikut di Instagram dan hampir sejuta pengikut di laman Youtube.

Berkongsi setiap kisahnya suka duka hidup di dalam laman media sosial secara tak langsung menjadikan beliau juga sebagai seorang penceramah motivasi. Jangan tak percaya, pemuda istimewa ini pernah berucap di pentas TedX.

Rupanya bukan calang-calang pemuda istimewa ini. Dengan semangatnya yang luar biasa, memang layaklah menjadi duta World Cup Qatar!

Sumber : The National/ Ghanimalmuftah.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *