“Jangan Macam-macam Dengan Axia!”, Gadis Balik Mengundi Kagum Lihat Perodua Axia Selamba Lalu Jalan ‘Off-Road’

Gadis Balik Mengundi Kagum Lihat Perodua Axia Selamba Lalu Jalan ‘Off-Road’

Pada hari Sabtu lalu orang ramai mengambil peluang balik ke kampung masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat negara ini untuk keluar mengundi.

Lebuh raya juga kelihatan sesak dengan kenderaan yang mahu pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Jalan kampung juga tidak kalah meriahnya.

Satu hantaran di Facebook Sandra Lunai W menarik perhatian warganet apabila dia memuat naik satu video dengan kapsyen,

“Went back kampung to vote last Saturday. Baram is well known for its off road and most of the people buy 4×4 such as Hilux, Triton, Navara and etc. But this one right here… the brother to the king of the road, Perodua Axia. Bah. Apa gik, go and buy Axia. Dah la murah, jimat minyak, dapat off road gik ya..” tulisnya.

“Saya balik kampung untuk mengundi pada Sabtu lepas. Baram terkenal dengan kawasan ‘off-road‘ dan kebanyakan orang membeli 4×4 seperti Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Nissan Navara dan lain-lain.

“Tetapi lihat apa yang ada di sini. Adik kepada King Of Malaysia Road, Perodua Axia,” kata Sandra.

Hantaran video itu telah menarik perhatian orang ramai yang turut berasa kagum melihat kereta kompak Perodua itu mampu berjalan di atas permukaan yang tidak rata dan kawasan bekas lopak kering.

Ada netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah menggunakan kereta biasa seperti Proton Saga, Perodua Kancil untuk melalui kawasan seperti itu.

Reaksi warganet :

“Apa lagi, pergi beli Axia sekarang. Sudahlah murah, jimat minyak. Dapat guna untuk off-road lagi ya,” kata Sandra di akhir perkongsiannya.

Dalam pada itu, ada juga netizen berharap agar pucuk kepimpinan kerajaan baharu Malaysia nanti dapat menyelesaikan masalah permukaan jalan raya kurang baik yang masih belum lagi diselesaikan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Video : AXIA OFF ROAD!

SUMBER : FB Sandra Lunai W

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *