Anak Jual Surat Cinta Lama Mak Pada Harga RM3 Juta, Rupanya Dia Bekas Kekasihnya Bintang Terkenal

Surat cinta zaman remaja Bob Dylan dijual lebih RM3 juta
Koleksi surat cinta yang ditulis oleh bintang rock Amerika Syarikat (AS), Bob Dylan kepada kekasih zaman sekolah menengahnya berjaya dijual pada harga RM3.07 juta, lap0r laman berita Wion News kelmarin.
Surat-surat itu dijual kepada sebuah kedai buku popular di Portugal, Livraria Lello.
Menurut lap0ran, surat cinta tersebut telah dijual oleh seorang individu yang dipercayai anak kepada Barbara Ann Hewit iaitu kekasih zaman sekolah kepada bintang rock Amerika Syarikat (AS), Bob Dylan yang telah meninggaI dunia pada harga AS$670,000 (RM3.07 juta).
Surat-surat kepada Barbara Ann Hewitt lewat tahun 50-an itu dijual kepada sebuah kedai buku popular di Portugal, Livraria Lello. Anak perempuan Hewitt me¬nemui surat itu selepas ibunya meninggaI dunia pada 2020.
Surat tersebut adalah mengenai pasangan kekasih yang berkongsi impian sambil penyanyi berusia 81 tahun itu meluahkan rasa cintanya. Surat tersebut ditulis semasa zaman beliau dikenali sebagai Bob Zimmerman
Dalam surat tersebut, Dylan turut berkongsi rancangan untuk menuk4r namanya pada masa hadapan dan berharap untuk menjual berjuta-juta piring hitam satu hari nanti.

Livraria Lello merancang untuk menyimpan 42 surat tulisan tangan berjumlah 150 muka surat lengkap yang tersedia kepada peminat Dylan dan sarjana untuk dikaji, kata firma IeIongan, RR Aucti0n dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.
Dalam surat yang ditulis, Dylan turut menjemput kekasihnya ke sebuah rancangan dipanggil Buddy Holly.
Dia juga menulis beberapa puisi sambi menyatakan rasa s4yangnya kepada Hewitt.
Anak perempuan Hewitt menemui surat itu selepas ibunya meninggal dunia pada 2020.
Bukan hanya surat cinta tulisan tangan, beberapa cenderahati milik Dylan turut dijual dalam lelongan itu. Ia termasuk arkib 24 ‘Puisi Tanpa Judul’ dan gambar Dylan yang ditandatangani olehnya.
Bertuah sungguh pemilik baru koleksi surat cinta daripada Dylan. Pasti sangat indah bait kata-kata di setiap warkah yang dikarang.
Sumber : Agensi