Berkat Jaga Ibu K4nser Sungguh-Sungguh, 2 Beradik Berjaya Genggam Ijazah

Di sebalik kejayaan anak-anak, pasti adanya doa seorang ibu yang tulus ikhlas mendoakan mereka. Apatah lagi, buat anak-anak yang berbakti buat orang tua.

2 beradik menjadikan cabaran mengurus ibu mereka yang merupakan pes4kit k4nser p4yudara tahap 3 dan juga Cvd sebagai motivasi untuk menamatkan pengajian masing-masing serta bergelar mahasiswa.

Muhammad Faris Iqbal Zaidi, 30, dan adiknya, Nuraihanah Najihah, 23, bagaimanapun tekad untuk menamatkan pengajian masing-masing seperti yang dinasihatkan ibu mereka, Fatimah Ismail, 52.

Menurut Nuraihanah Najihah, keluarga mendapat tahu ibu mereka mempunyai k4nser p4yu­dara selepas pemeriksaan kesihatan dibuat pada 2019.

“Saya dan abang melanjutkan pengajian pada 2018, namun tidak lama selepas itu kami dimaklumkan ibu mende,rita k4n­ser, kemudian pada 2020 terjadi p4ndemik CVd, yang menyukarkan pembelajaran seperti bia­sa.

Struggle Bantu Urusan Harian Ibu dan Urusan H0spital

“Situasi itu amat mencabar buat saya, sebagai anak bongsu daripada 3 beradik, saya ba­nyak membantu urusan harian ibu, termasuklah menemani bagi menjalankan sesi kim0terapi dan juga radi0terapi.

Pada awalnya saya agak se,dih juga, semangat untuk belajar pun kadangkala tidak menentu. Tetapi ibu selalu berpesan dan me­yakinkan saya mampu habiskan pelajaran walaupun tahap kesihatan dia sudah berkurangan.

Ibu kini tidak berupaya untuk berjalan terlalu lama, manakala tangan kanan juga sudah tidak sekuat dahulu jadi pergerakan agak terbatas, menyebabkan dia memerlukan bantuan untuk me­lakukan kerja-kerja berat.

Bekerja Sambil Belajar

“Selain itu, saya juga melihat kepayahan abang saya yang be­kerja sambil belajar, hujung ming­gunya dihabiskan dengan melakukan ulang kaji, jadi perkara itu memberi motivasi tambahan kepada saya.

“Alhamdulillah, kini saya berjaya menggenggam segulung ijazah, lebih manis saya dapat menghadiri majlis konvokesyen sama-sama dengan abang saya,” katanya selepas selesai menghadiri Majlis Konvokesyen ke-66 UTM, Johor Bahru semalam.

Tambah Nuraihanah Najihah lagi, walaupun berasa sukar pada awalnya untuk mendapatkan momentum bagi menyambung pengajian di peringkat tersebut dia kini bersemangat untuk me­lakar lebih banyak kejayaan.

“Selepas ini, saya bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan juga ked0ktoran, insya-Allah,” jelas­nya yang ceria ditemani seluruh ahli keluarganya.

Katanya, golongan pelajar perlu menjaga hubungan dengan ahli keluarga, khususnya ke­dua-dua ibu bapa mereka dalam membolehkan usaha meneruskan pembelajaran dengan sokongan dan dorongan.

Benarlah, betapa berkat hidup menjaga orang tua, apatah lagi ketika mereka telah s4kit. Dijamin rezekinya, besar pahalanya.

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *