Warga Emas Orang Asli Fasih Berbual Inggeris Dengan Pelancong Asing

Keramahan seorang wanita warga emas Orang Asli yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris mengundang rasa kagum warganet.
Perkongsian sebuah video menerusi akaun TikTok @ryoq_radak, memaparkan seorang ‘nenek’ sedang mesra berbual dengan seorang wanita pelancong asing dari Netherland yang melancong di kawasan kampung mereka.
Antara butiran perbualan warga emas tersebut yang jelas didengar adalah “everybody go to school already..nobody at home..”

Selepas video tersebut menjadi tular, majoriti orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah rasa kagum dengan tahap intelek warga emas tersebut biarpun tinggal di pedalaman.
“Hebatnya makcik, itulah bukti bahawa pelajaran dalam Malaysia sudah membatasi segenap ceruk kampung,” komen salah seorang pengguna TikTok.
“Dia bercakap dalam gaya bahasa yang betul dan kelihatan tidak kekok sekali, kalau nenek pun boleh, orang muda apatah lagi, utamakan bahasa Melayu dan belajar bahasa lain juga untuk pengetahuan,” komen pengguna TikTok yang lainnya.
Dalam sudut lain, terdapat juga orang ramai yang berpendapat kebanyakan warga emas memang fasih berbahasa asing kerana mereka dahulunya bersekolah pada zaman British dan banyak aliran Inggeris.
“Dahulu banyak aliran Inggeris, semua subjek menggunakan bahasa Inggeris kecuali agama Islam dan bahasa Melayu,” tulis pengguna TikTok itu.
“Arwah ayah saya pun fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dengan adik-beradiknya sebab dahulu tahun 60-an, dia sekolah orang putih, majoriti orang lama pandai berbahasa Inggeris,” komen pengguna yang lainnya.
Sehingga kini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih dari 300,000 tontonan, 14,700 tanda suka dengan 252 perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen positif daripada orang ramai.
TikTok Nenek Orang Asli Champion Cakap English
Lihat Video Tersebut Di :Sumber : Kosmo/ TikTok ryoq_radak