Bapa Gigih Urus 4 Anak Sambil Bekerja Sebagai Tukang Kasut Undang Sebak

Tiada anak meminta untuk dilahirkan dalam keluarga yang miskin, tiada ibu bapa juga yang mahukan anak-anak dirundung hidup susah.
Namun, rahsia perjalanan hidup tiada siapa yang tahu. Bagai roda yang berputar, terkadang di atas, ada kala di bawah.
Seperti keadaan seorang ayah ini, gigih mencari rezeki sambil dengan sabar mengurus anak-anak kecilnya seramai 4 orang.
Sebak dan simpati menggunung. Itulah perasaan bila melihat anak-anak masih kecil yang seharusnya hanya bermain-main dan berlindung dengan selesa di rumah terpaksa menjalani hidup mengikut si ayah di tepi-tepi jalan yang mencari sesuap rezeki.
Sebuah video tentang keluarga kecil ini dimuatnaik di media sosial dan pantas menjadi tular.
Menurut kapsyen video itu, bapa gigih ini bekerja sebagai tukang kasut berhampiran bank CIMB, Johor Jaya 6, Jalan Dedap 20 (menghadap Jalan Dedap 13) pada setiap hari Sabtu.

Menurut orang ramai yang pernah melihatnya, katanya sambil bapa ini menjahir kasut samil itu jugalah dia mendodoikan anak kecilnya. Bahkan, makan minum serta susu anaknya juga tidak pernah terabai.
Jika anaknya mahu minum susu, dia akan berhenti menjahit sekejap dan pergi ke restoran mamak bersebelahan untuk membuat susu anaknya kemudian menyambung semula kerja-kerja menjahit.
Ketiadaan sosok si ibu juga menjadi pertanyaan warganet. Menurut komentar salam seorang pengguna media sosial, katanya ibu kepada 4 kanak-kanak itu bekerja di pasaraya Giant.
Sebaik rakaman tersebut tular, beberapa orang telah datang untuk meminta diperbaiki kasut selain ada yang turut memberi sumbangan.
Rupanya, ada 5 orang anak namun, salah seorangnya telah diberikan kepada keluarga angkat.
Sungguh, bukan mudah mengurus anak-anak kecil sambil bekerja. Namun kesabaran si ayah patut dicontohi.
Bapa ini tidak meminta simpati, jauh sekali meminta-minta sumbangan, malahan bekerja keras untuk kehidupan keluarga.
Namun, kuasa Tuhan Yang Maha Pemurah, ada insan yang merakam dan rakaman menjadi tular. Dari situlah, ada jalan rezeki buat keluarga ini.
Menurut perkongsian warganet, bagi sesiapa yang hendak berhubung dengan si ayah ini, boleh menghubunginya di talian 011-39071236.
Semoga si ayah diberikan kesihatan berpanjangan, jalan rezeki yang terbuka luas buat keluarganya.
Terima kasih rakyat Malaysia yang prihatin!
BAPA GIGIH BEKERJA TUKANG KASUT SAMBIL URUS 4 ANAK KECIL
LIHAT VIDEO PENUH DI :Sumber : Facebook Gadis Tudung Litup/ FB Group JBTalk