Burung Kedidi Pec4h Rekod Dunia, Terbang 13,560Km Tanpa Henti

Pada setiap musim luruh, berjuta-juta burung hijrah mengharungi perjalanan udara yang panjang dan berbah4ya untuk lari daripada musim sejuk, mencari makanan dan membiak.

Kebanyakan burung-burung itu menempuh jarak perjalanan lebih 10,000 km.

Sekitar 2 bulan sebelum melakukan penerbangan yang panjang burung-burung ini akan mengisi tubuhnya dengan makanan dan 0rgan-organ dalamannya juga akan turut mengecut agar lebih badan lebih ringan serta banyak makanan dapat disimpan sebagai bekalan tenaga.

Pada tahun ini, seekor burung kedidi memecah Guinness World Records selepas terbang sejauh 13,560 km tanpa henti. Penerbangan itu dianggap berb4haya kerana melebihi kapasiti had maksimum.

Terbang Tanpa Henti Selama 11 Hari

Burung kedidi jantan ekor berjalur yang berusia 5 bulan itu berjaya memecah rekod kategori migrasi jarak jauh selepas terbang 13,560 kilometer (km) tanpa henti selama 11 hari.

Burung kedidi itu terbang bulan lepas dari Alaska menuju ke New Zealand, tetapi jarak perjalanannya bertambah lebih 500 km apabila laluannya diubah.

Burung kedidi itu terbang pada 13 Oktober lalu dari Delta Yukon Kuskokwim di Alaska, merentasi Lautan Pasifik ke New Caledonia dan Laut Tasman, sebelum membuat pusingan 90 darjah ke Tasmania bukannya New Zealand.

Pasang Tracker 5 Gram

“Burung olak ekor pendek dan burung olak lain boleh mendarat atas air dan mencari makan. Jika seekor burung kedidi mendarat atas air, ia akan m4ti.

“Ia tidak mempunyai selaput kaki, jadi tidak tahu cara untuk keluar dari air. Jika ia j4tuh ke dalam air kerana kele,tihan atau akibat cuaca bu,ruk, ia akan m4ti,” kata ahli ekologi Birdlife Tasmania, Dr. Eric Woehler kepada stesen penyiaran ABC News.

Saintis berjaya menjejak rekod itu dengan bantuan alat penjejak kecil seberat 5 gram. Kemajuan tekn0logi membolehkan mereka menjejaki spesies burung kecil itu tanpa membah4yakannya dengan menambah berat.

Menurut rekod daripada alat tersebut, burung kedidi itu terbang sejauh 55 batu dalam sejam. Anggaran tempoh terbang adalah selama 224 jam.

Memetik The Guardian, burung tersebut mendarat di sebuah teluk berhampiran Auckland, New Zealand.

Woehler menganggarkan burung itu gagal mendarat dengan selamat kerana ‘hilang lebih separuh berat badan’, tetapi ia akhirnya berjaya memecah rek0d dunia.

Katanya, adalah penting untuk menjaga habitat burung-burung ini. Pada tahun lepas ada laporan daripada Birdlife International bahawa separuh daripada spesies burung dunia semakin berkurangan.

“Burung-burung ini memberikan kita petanda tentang keadaan planet pada masa kini. Adalah penting untuk kita mengetahui bagaimana mereka makan, bagaimana pergerakan mereka dan kitaran hidupnya bagi melindungi mereka.”

Sumber : ABCNews/ Kosmo / BBC/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *