“Dia Tak Tahu Ke Siapa Yang GomoI Dia Tu?..” – Netizen

“Dia Tak Tahu Ke Siapa Yang GomoI Dia Tu?..” – Netizen

Seperti yang kita sudah sedia maklum, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai dan ragam mereka yang tersendiri. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah pasti akan melalui fasa-fasa ‘manis’ ini di mana mereka perlu melayan telatah mereka yang kadangkala agak ‘mencuit hati’.

Di umur-umur sebegini, semestinya kanak-kanak ini masih n4if terhadap persekitarannya.

Terbaru, menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @adib_amsyar21, telatah seorang kanak-kanak meraih perhatian ramai apabila dia dilihat bersama dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang mencvri tumpuan ialah momen ketika kanak-kanak tersebut disantuni serta dipvluk oleh Raja Permaisuri Agong.

“22.11.22 | Tuesday – Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu” tulis @adib_amsyar21 di ruangan kapsyen.

Wah! Tentu seronok dapat beramah mesra dengan permaisuri kesayangan Malaysia. Kelihatan Tunku juga begitu ramah dan senang melayani kanak-kanak tersebut.

Lagak seorang nenek bersama cucunya, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memeluk dan bergurau senda dengan kanak-kanak bertuah berkenaan.

Tunku juga dilihat bersalaman dengan seorang lagi kanak-kanak perempuan di tempat yang sama.

Sebelum bergerak memasuki lif, Tunku sempat melambai tangan dan dibalas oleh kanak-kanak berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.9 juta tontonan, 198.2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur melihat layanan Tunku Permaisuri dan gelagat kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Video: Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: tiktok adib_amsyar21

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *