Kutip Sampah Sampai Stadium Bersih, Penyokong Jepun Raih Pujian Dunia

Sejak hari pertama penganjuran Piala Dunia FIFA 2022, seluruh peminat bola sepak dari seluruh dunia mula berkampung di Qatar bagi menyaksikan pasukan kegemaran beraksi.

Namun, ada satu perkara yang menarik perhatian seluruh dunia, teruja dan kagum dengan ‘insi.den’ tersebut adalah sikap penyokong Jepun.

Penyokong Jepun dilihat membantu membersihkan stadium, sukarela mengutip sampah sarap di seluruh stadium.

Ia berlaku selepas aksi perlawanan pembukaan antara Qatar dan Ecuador di Stadium Al Bayt, Qatar, pada Ahad.

Rakyat dari negara matahari terbit itu menerima pujian pada kejohanan lalu, apabila menunggu selepas perlawanan habis untuk membersihkan stadium.

Meski bukan stadium mereka, para penyokong dari Jepun itu tetap membersihkan tempat tersebut.

Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh seorang lelaki dari Bahrain, Al-Farooq, berdurasi kurang seminit itu memaparkan rakyat Jepun itu membawa plastik sampah dan membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan oleh para penyokong lain.

Mereka turut kelihatan mengutip bendera-bendera negara yang ja,tuh.

Apabila saya bertanya kepada mereka, ‘Mengapa anda membersihkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan anda?’ Jawapannya ialah, ‘Orang Jepun tidak pernah meninggalkan sampah di belakang. Kami menghormati tempat itu’.”

Pada tahun 2018, selepas tewas pada saat akhir pertembungan kalah m4ti Piala Dunia menentang Belgium, penyokong Jepun kekal di stadium untuk membersihkan kawasan.

Wartawan yang berpangkalan di Jepun, Scott McIntyre memberitahu BBC: “Ia bukan hanya sebahagian daripada budaya bola sepak tetapi sebahagian daripada budaya Jepun.

Anda sering mendengar orang berkata bahawa bola sepak adalah cerminan budaya. Satu aspek penting dalam masyarakat Jepun ialah memastikan segala-galanya benar-benar bersih.

“Dan itu berlaku dalam semua acara sukan dan pastinya juga dalam bola sepak,” katanya.

Sikap disiplin dan dedikasi rakyat Jepun ini terhadap kebersihan sememangnya amat patut dicontohi dan diajarkan kepada rakyat negara kita. Bermula dari rumah, dan di sekolah. Jika tidak, sampai bila-bila lah sungai dan longkang akan menjadi habitat sampah sarap di negara ini.

Sumber : Bm/ IG Qatarliving/ Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *