Nenek Popular Kerana Handal Buat Video ‘Transition’ Untuk TikTok, Netizen Minta Tutorial

Nenek Handal Buat Video ‘Transition’ Di TikTok

Walaupun TikTok secara majoritinya dipelopori oleh golongan muda, geng-geng veteran yang up to date turut tidak ketinggalan menerokai aplikasi sosial terkemuka ini.

Sebahagian mereka juga turut menunjukkan bakat terpendam dalam penghasilan video mengikut trend semasa, namun siapa sangka ada di kalangan mereka malah lebih hebat daripada golongan muda .

Terbaharu, tular sedutan video gelagat seorang nenek yang melakukan transition video yang menarik sehingga mencuri perhatian netizen di platform tersebut.

Sumber Gambar: TikTok fadzilahmohdani

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fadzilahmohdani di TikTok, ramai yang puji akan kehandalan beliau dalam suntingan video walaupun sudah dikira golongan veteran.

 

“Belajar teknik suntingan melalui Y0utube sahaja..”

Hal ini kerana hasil trasition video yang dipamerkan sangatlah smooth dan juga cantik. Malah, beliau juga memberitahu menerusi kapsyen bahawa telah mempelajari teknik suntingan ini hanya berdasarkan YouTube sahaja tanpa bantuan cucunya yang kini berada di Kuala Lumpur.

Susulan tularnya video berkenaan, ia kini meraih lebih daripada 881.7K tontonan, 124.8K tanda suka dan 3,649 komen di TikTok.

Rata-rata netizen turut teruja dan kagum dengan hasil video mak cik tersebut. Sebahagian pengguna juga berseloroh mahu belajar teknik suntingan bersama beliau kerana kagum dengan hasil videonya.

Sumber Gambar: TikTok fadzilahmohdani
Sumber Gambar: TikTok fadzilahmohdani

Konklusinya, semua orang boleh melakukan perkara yang diminati dangan jayanya jika benar-benar meletakkan effort dan juga masa. Ditambah pula dengan permintaan yang tinggi di dalam penghasilan konten berbentuk video pada masa kini, secara tidak langsung anda berpeluang menjana pendapatan sampingan menerusinya.

Yang penting, minat dan kesungguhan kena ada. Baru boleh berjaya dalam applikasi ini.

Korang tengok sendiri la video nenek ni buat transition kat sini. Smooth betul : “Nenny tengok youtube sendiri,nak harap cucu depa kat KL..”

Sumber : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *