Saling Bantu, Keluar Makan & Bercuti Bersama, ‘Mereka Mungkin Jiran Terbaik Di Dunia’

Adat berjiran ada suka ada du,ka. Apa yang penting saling menghormati. Malang sungguh jika dapat jiran yang tidak beradab, muka masam, muncung pun sedepa. Beruntung sekali jika jiran seumpama keluarga sendiri, saling bertegur sapa, baik pekerti dan faham adab berjiran.
Seperti 2 buah keluarga ini, mungkin inilah yang disifatkan sebagai jiran terbaik di dunia. Berkongsi makanan halal, sanggup menunggu sehingga selesai s0lat Maghrib untuk keluar makan bersama dan tidak pernah l0kek menghulur bantuan.
Itu keprihatinan ditunjukkan suami isteri berbangsa Cina tinggal di Taman Tehel Impian, Bemban, Jasin, Melaka yang membuatkan jirannya berbangsa Melayu berasa ‘istimewa’ biarpun berbeza agama dan bangsa.
Bagai Aur Dengan Tebing
Hubungan akrab Gan Tiong Guey, 43, dan isterinya, Goh Pei Chen, 40, dengan Noor Faiezah Mohd Ali, 31, dan suami, Nur Shahariz Abdul Rais, 31 diibaratkan seperti aur dengan tebing apabila mereka menjalani kehidupan berjiran dengan muafakat dan saling membantu.
Noor Faiezah berkata, hubungan erat itu terjalin sejak hampir 2 tahun lalu dan mereka selalu membantu satu sama lain, keluar makan dan bercuti bersama.
Malah katanya, keluarga sahabat baiknya itu juga pernah mengikutnya pulang ke kampung di Kota Tinggi, Johor untuk merasai suasana kampung.
Terjalin Ketika Jiran Bantu Pasang Jubin
“Hubungan baik ini terjalin selepas Tiong Guey membantu menyelesaikan kerja mengubahsuai dan pemasangan jubin di tempat parkir kereta yang ditinggalkan kontrakt0r lama biarpun sudah selesai membuat pembayaran.
“Ketika itu kami terkilan melihat hasil kerja tukang lama yang tidak kemas dan ada yang tidak betul. Tiong Guey kemudiannya dan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan kerja yang masih berbaki kira-kira 20% itu.
“Apabila kami mahu membayar upah kerjanya, Tiong Guey tidak mahu dan cakap dia mahu membantu saja sebab kami jirannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ibu kepada seorang anak itu berkata, dia terharu dengan bantuan itu biarpun ketika itu mereka tidak saling mengenali kerana pasangan terbabit baru berpindah ke kawasan perumahan itu.
Katanya, kejiranan berkenaan berbilang kaum dan semua penduduknya hidup harm0ni dan bermuafakat serta saling bertegur sapa.
Sering Makan Bersama, Sanggup Tunggu Habis Solat Maghrib
“Tiong Guey dan isterinya, Pei Chen selalu ajak kami makan bersama dan dia selalu periksa dulu kalau restoran itu ada sijil halal kerana katanya dia bawa kawan Muslim.
“Kalau dia yang ajak pergi makan, mesti dia akan tunggu kami sehingga selesai solat Maghrib dan kami menaiki keretanya. Dia faham orang Muslim perlu solat dulu.
“Jika suami bekerja di luar kawasan, mereka akan membantu dan tengokkan kami dan selalu cakap kita hidup berjiran sudah seperti keluarga perlu saling bantu-membantu,” katanya yang berniaga aiskrim.
Noor Faiezah berkata, dia tidak menyangka bermula dengan bantuan itu (pasang jubin), membuka ruang untuk 2 keluarga menjalin hubungan erat seperti keluarga biarpun berbeza agama dan bangsa.
“Mereka melayan kami dengan baik dan itu buat saya rasa ‘special’ terutama apabila dia sangat bersungguh-sungguh memastikan restoran yang kami singgah itu halal. Saya sudah menganggap mereka seperti abang dan kakak sendiri,” katanya.
Perlu Hormat-Menghormati, Jaga Sens1tiviti Agama Masing-Masing
Sementara itu, Pei Chen berkata, mereka tidak menganggap agama dan bangsa sebagai pengukur untuk menjalinkan persahabatan kerana apa yang diutamakan adalah saling hormat menghormati dan budi yang baik.
Katanya, setiap kaum perlu ada sikap h0rmat-mengh0rmati dan menjaga sens1tiviti agama masing-masing supaya dapat hidup harm0ni.
“Setiap hari saya berjumpa dengan Noor Faiezah kerana rumahnya di hadapan rumah saya saja dan menyukainya sebab dia baik serta peramah.
“Setiap kali jumpa kedai makan yang sedap, kami mesti ajak mereka tetapi pastikan ia halal dulu kerana mereka Muslim,” katanya sambil memberitahu suaminya berkerja sebagai k0ntraktor membina rumah.
Terdahulu, vide0 mengenai hubungan baik 2 keluarga yang bersahabat baik itu mendapat perhatian netizen apabila dikongsikan Noor Faiezah di akaun TikToknya.
Reaksi Warganet
Semoga keakraban antara dua buah keluarga ini menjadi contoh buat rakyat Malaysia seluruhnya.
Sumber : Hmetro