Oyen Nakal Menyelit Masuk Dalam Bagasi Tanpa Disedari, Hampir Diterbangkan Beribu Batu

Kucing adalah haiwan peliharaan yang jinak dan menjadi kesayangan ramai. Tapi, kadang-kadang keletahnya sukar dijangka. Ada sahaja akalnya. Lagi-lagi kalau ‘Oyen’. Nama pun Oyen, kalau tak buat hal memang tak sah!

22 November 2022, bersamaan hari Selasa mungkin hari bersejarah buat seorang pegawai di lapangan terbang John F Kennedy (JFK) apabila dia mengalami peristiwa ‘rare’. Awalnya dia melihat beberapa bulu berwarna oren melekat di luar sebuah bagasi, di mana bahagian zipnya sedikit terbuka.

Berasa pelik dan hairan, pegawai Transport Security Administration (TSA) di lapangan terbang New York, US itu memutuskan untuk meletakkan bagasi tersebut di bawah mesin X-ray. Begitu terkejutnya dia, kelihatan ada ‘objek’ hidup yang terperang,kap di dalam bagasi!

Memetik New York Post, Oyen itu mungkin akan mengalami anca,man kem4tian kerana terperang,kap dalam bagasi padat dalam tempoh beberapa jam. Mujur ada pegawai yang perasan.

Syukur, pada masa itu juga Oyen diselamatkan, pegawai itu membuka bagasi tersebut dan mengeluarkan Oyen.

Menurut jurucakap kepada TSA, Lisa Faberstein, pemilik bagasi itu mengatakan kucing itu bukan miliknya, mungkin milik tuan rumah yang didiaminya.

Katanya lagi, dia langsung tak sedar ada kucing dalam bagasinya. Mungkin kucing itu masuk ke dalam bagasi yang terbuka dan bersembunyi di bawah barang-barang dalam bagasi itu.

Lisa mengesahkan kini Oyen itu berada dalam keadaan sihat dan selamat.

“Kucing itu sudah dikeluarkan dan sudah selamat pulang ke rumah,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, apabila dihubungi pegawai TSA, pemilik Oyen kata dia langsung tidak sedar kucingnya yang bernama Smells itu hilang sehinggalah dia dihubungi pegawai di lapangan terbang.

Pemilik kucing juga ditanya sama ada dia hendak membuat laporan polis untuk mendakwa Alix (bukan nama sebenar) pengembara berusia 37 tahun yang menumpang rumahnya kerana hendak mencu.lik kucingnya namun dia menolak.

Alix hampir disenaraikan penumpang yang tidak diizinkan untuk terbang namun Alix meyakinkan mereka ia cumalah kesilapan.

Kata pemilik kucing itu, ia bukan disengajakan. “Pegawai itu hendak tahu jika ada sebab Alix mungkin cuba untuk mencu.lik kucing saya dan pergi ke Florida. Kucing-kucing saya memang suka masuk ke dalam beg-beg dan kotak-kotak. Salah seekor nampaknya sudah masuk ke dalam bagasi dia. Ini tak disengajakan,” jelasnya.

Muka tak bersalah

Difahamkan, tunang kepada Alix yang datang dan mengambil Smells untuk dihantar kepada tuannya. Apa yang menarik, Smells kelihatan biasa, selamba sahaja tak berasa terganggu pun dengan seluruh situasi yang dialaminya.

“Saya rasa ri.sau jika apa-apa terjadi dengannya, tapi dia langsung tak mengiau pun dalam perjalanan balik. Saya bagi dia makanan tambahan dan dia pula buat macam tak ada apa yang jadi,” kata pemiliknya.

Akhirnya, selamat sampai rumah

Hai lah Oyen! Bertuah sungguh. Mujur panjang umur walaupun dah tersepit dan terpenyek dalam bagasi berjam-jam.

Sumber : Says/ NYP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *