‘Ibu Di Mana, Kami Rindu’ Ibu Hilang Jejak Lepas Bercer4i

Dek kerana percer4ian, nasib anak-anak menjadi taruhan. Kerana silap orang tua, masa depan anak-anak jadi kelam. Berfikirlah sedalamnya akan kesan setiap tindak-tanduk terhadap anak-anak jika hendak membuat satu keputusan membabitkan rumahtangga.

2 beradik ini tidak dapat membendung rindu yang amat mendalam apabila akhir­nya membuka mulut untuk bertemu dengan ibu kandung mereka selepas menumpang kasih emak saudara sejak 8 tahun lalu.

Nurul Norjannah Syafiqqah Mohamad Hafizul, 10, dan adik­nya Nurul Khaisyarah Syafiqqah, 8, terlalu mengimpikan pertemuan tersebut sejak diserahkan kepada penjaganya, Shafawani Zim Azaman, 26, ketika masing-ma­sing berusia 2 tahun dan 2 bulan.

Bukan itu sahaja, 2 beradik itu tidak dapat memasuki alam persekolahan disebabkan ketia­daan d0kumen yang diperlukan.

Mengimbau semula kejadian itu, Shafawani berkata, 2 beradik itu diserahkan selepas ibu bapa mereka bercer ai.

Diserahkan Di Terengganu

“Dua beradik itu diserahkan di Lot 1008, Tepi Institut Memandu Kampung Pengkalan Nyireh di Besut, Terengganu walaupun ketika itu saya masih belum mendirikan rumahtangga.

“Bagaimanapun, ketika penyerahan dilakukan, hanya sijil kelahiran sahaja disertakan dan keadaan itu menyebabkan dua beradik ini tidak dapat bersekolah hingga sekarang,” katanya baru-baru ini.

Shafawani yang sudah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Muhamad Amir Ridhwan Mohd Sofi, 24, dan tinggal di Taman Sri Impian, Kluang amat berharap dapat menemui ibu kepada 2 kanak-kanak ini bagi membolehkan mereka melepaskan rindu yang tersimpan sejak sekian lama.

Menurutnya lagi, pertemuan itu juga amat penting kerana hak penjagaan perlu diselesaikan bagi membolehkan kanak-kanak itu mendapat pendidikan sempurna pada masa depan.

Bapa Kandung Sudah Ditemui

“Walaupun bapa kanak-kanak itu iaitu Mohamad Hafizul Zim Azaman, 28, sudah berjaya ditemui, namun surat kebenaran daripada ibu mereka tetap diperlukan.

“Usaha mencari di alamat terakhir juga tidak mendatangkan hasil kerana keluarga kepada wanita itu turut tidak tahu kedudukan sebenarnya sejak berpindah selepas perce raian berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, Shafawani berharap mana-mana pihak yang mengenali ibu kandung 2 beradik itu, Nor Hazwati Mohamad Noor, 30, dengan alamat ter­akhir di Kampung Bechah Resak, Chabang Empat, Tumpat Kelantan supaya menghubunginya di talian 013-888 5689 bagi tindakan selanjutnya.

Semoga 2 beradik ini dipertemukan semula dengan ibu kandung mereka, dipermudahkan urusan persekolahan dan masa hadapan mereka.

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *