‘Maafkan Ibu Anakku Sayang, Kita Terpaksa Berpisah’- Bisikan PiIu Seorang Ibu Pada Dua Buah Hatinya

Bisikan PiIu Seorang Ibu Pada Dua Buah Hatinya

“Maafkan ibu s4yang, kita terpisah di sebalik tirai besi ini angkara orang yang kita harap­kan sebagai pelindung.”

Demikian bisik Milah, 41, (bukan nama sebenar) kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan lima tahun pada program Jalinan Kasih di Penj4ra Simpang Renggam di sini.

Pertemuan selama tiga jam selepas dua tahun terpisah itu mengundang seb4k dan air mata tiga beranak berkenaan yang turut meruntun hati insan lain.

Menurut Milah, sejak dirinya dikenakan tah4nan pada tahun 2020, dia terpaksa menyerahkan penjagaan dua anak perempuannya kepada ibu dan bapanya sementara menunggu masa untuk dibebaskan.

Walaupun tidak pasti penghujung nasibnya, Milah meluahkan dirinya sentisa percaya ada sinar kebahagiaan buat mereka tiga beranak.

Malah jelasnya, jawapan diri­nya tidak bersaIah akan terlerai.

“Saya amat kesaI apabila turut dilibatkan hanya kerana bersama dengan orang yang benar-benar dipercayai sebelum ini.

“Walau apa pun, semua ini akan dijadikan pengajaran hidup agar tidak lagi mempercayai seseorang sepenuhnya demi kehidupan lebih sempurna,” katanya ketika ditemui pada program yang dianjurkan Penj4ra Simpang Renggam itu.

Milah memeluk erat dua anaknya ketika dipertemukan pada Program Jalinan Kasih di Penj4ra Simpang Renggam, Kluang.

Menurut Milah, program yang dianjurkan penjara berkenaan amat besar ertinya kerana ia satu usaha untuk tidak memutuskan nilai kasih sayang khususnya antara ibu dan anak serta ahli keluarga lain.

Ujarnya, apa yang diharapkan kini adalah dua anaknya itu akan menerima ketentuan hidup mereka dan memahami segala yang berlaku kepadanya biarpun mereka masih tidak mengenal erti kehidupan sebenar.

“Alhamdulilah, masa tiga jam yang diberikan ini sebenarnya tidak cukup, namun sekurang-kurangnya ia mampu menjadi penawar rindu antara kami yang dipendam sejak lebih dua tahun terpis4h,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penj4ra Simpang Renggam, Timbalan K0misioner Penj4ra (TKP) Abdul Kadir Jailani Ismail berkata, seramai 24 penghuni bandu4n wanita reman tidak dapat menahan seb4k selepas ditemukan dengan ibu dan anak masing-masing.

Katanya, semua b4nduan yang terlibat dalam program berke­naan dipilih khusus oleh pihak pemulihan Institusi Penj4ra.

Menurutnya, program ini ­merupakan satu inisiatif Penj4ra Malaysia untuk memperkukuhkan ikatan kekeluargaan antara penghuni dan keluarga.

“Kami ingin membawakan konsep berbeza daripada kebia­saan dengan ­mengambil pendekatan dinamik dalam penganjuran program ­selari dengan peraturan ‘Bangkok Rules’.

“Selaras dengan itu, kami memilih bandu4n rem4n wanita sebagai sasaran untuk diberikan fokus dalam mengadakan konsep bertemakan ‘Keluarga penyayang, kasih ibu dan anak’,” katanya.

Sumber: K0SMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *