Sesuatu Terjadi Ketika Kemas Pakaian Orang Yang Telah Meningg4l Dunia

Setiap orang pasti akan menemui aj4l dan pasti akan menempuh fasa di mana segala yang dilakukan di dunia ketika hayat akan dipersoal dan dihisab satu persatu.

Tiada yang terlepas. Agar lebih ‘ringan’ ketika sesi soal jawab tersebut, sangat penting untuk kita memperhatikan beberapa perkara dalam hidup seperti barang-barang yang berada di dalam tempat tinggal kita.

Sebuah kisah yang sarat pengajaran dikongsikan oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli menerusi laman Facebook beliau. Berikut kongsinya untuk kita ambil iktibar bersama;

Saya ingin berkongsi satu pengalaman yang lama tersimpan. Ianya menjadi pengajaran dan peringatan buat diri saya sendiri juga…

Suatu hari dengan takdir Allah saya mengemas rumah seorang yang telah mening,gal dunia…

Ada terlalu banyak pakaian yang mahal harganya. Yang tidak dipakai lagi. Akhirnya r0sak begitu sahaja. Ianya dalam keadaan terbiar.

[1] Ada banyak pakaian lama. Yang usianya melebihi 10 tahun. Ianya baju kerja yang sudah rosak, baju anak-anak yang kecil, baju berlipat dan tidak berlipat yang lama. Yang sudah tidak dipakai lagi. Tetapi barangkali sayang untuk diberikan kepada orang.

[2] Ada banyak kasut. Yang sudah tidak dipakai lebih banyak dari yang masih dipakai. Keadaan kasut yang sudah tidak dipakai ini masih baik. Hanya sangatlah berhabuk serta bersawang. Yang lama ini barangkali sayang juga untuk diberikan kepada orang.

[3] Ada banyak perabut lama yang sudah tidak digunakan lagi tetapi dibiarkan berada di dalam rumah. Perabut yang sudah rosak. Hingga ruang rumah menjadi sangat sempit. Bahkan perlu melangkah-langkah barangan ketika hendak berjalan.

[4] Sinki rumah yang bersih. Namun ada bekas yang banyak seperti bekas biskut, tin tin minuman, botol minuman, bekas pencuci pinggan dan banyak lagi yang tidak perlu ada atau tidak digunakan. Sebahagian dalam kotak. Sebahagian di merata tempat. Di ruang dapur juga perlu melangkah barang-barang ini.

Dan banyaklah perkara lagi yang tidak dapat saya tuliskan di sini. Saya tulis untuk ingatkan diri saya sendiri…. Ketika itu saya terfikir….

~Sementara kita masih bernyawa, selalulah ingatkan diri bahawa dunia ini hanya persinggahan semata. Tempat sementara. Kita tinggal di sini tidak lama. Selalu juga ingatkan diri bahawa kehidupan itu sendiri adalah nikmat yang sangat besar. Allahuakhbar.

~Bukalah almari pakaian kita hari ini. Berapa banyak pakaian yang kita miliki. Berapa banyak tudung. Berapa banyak yang dipakai. Berapa banyak yang belum dipakai. Berapa banyak yang sudah berbulan tidak disentuh. Ada terlalu banyak pakaian yang kita miliki. Sedangkan kita hanya mampu pakai satu sahaja pada setiap kali.

~Lihat berapa banyak barangan plastik yang kita simpan. Tetapi tidak dipakai. Saya sudah sedekahkan kesemua barangan Tupperware saya kepada adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan. Hanya tinggal sangat sedikit untuk kegunaan sendiri. Benar-benar yang dipakai sahaja. Yang cantik dan masih dalam plastik semua saya berikan kepada orang. Sebelum ini saya menyimpan ia dengan sangat lama kerana berasa sayang dan suka melihat kecantikannya.

~Lihat pula pinggan mangkuk kita. Adakah terlalu banyak. Atau cukup untuk kegunaan harian sendiri. Sebaiknya tidak perlu kita sediakan pinggan mangkuk yang istimewa hanya untuk tetamu. Yang hanya tersimpan di almari. Sementara kita dan keluarga makan dengan menggunakan pinggan biasa. Hidangkan untuk suami dan anak-anak dengan set pinggan terbaik. Ada orang yang tidak sempat menggunakan set pinggan idaman sendiri hanya kerana terlalu sayang.

~Sebaiknya, kemaskan lah rumah kita selalu. Jika tidak mampu, sekadarnya pun sudah cukup baik. Tidak perlu simpan terlalu banyak barang yang tidak perlu. Yang tidak kita gunakan. Jangan sayang barang. Jangan sayang pakaian. Jangan sayang kasut. Jangan sayang perabut lama. Jangan sayang harta dunia. Hinggakan berasa berat untuk disedekahkan.

~Tidak perlu beli beg tangan berjenama atau murah dengan terlalu banyak atau berlebihan. Satu, dua atau tiga pun sudah memadai.

~Hendaklah kita selalu mengingatkan diri agar barangan yang bakal kita tinggal tidak menyulitkan orang lain nanti.

~Apabila kita sudah pergi, tidak ada satupun yang bermanfaat lagi kepada kita. Melainkan amal dan sedekah.

Semoga bermanfaat untuk kita.

Sumber : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *