(VIDEO) Lelaki Hidup Semula Selepas ‘M4ti’ Dalam Keranda Mengejutkan Keluarga, Penduduk

Demi melarikan diri daripada membayar hutang, apa sahaja cara sanggup dilakukan oleh peminjam yang gagal.

Seorang penduduk dari daerah Rancabungur di Bogor, Jawa Barat mengejutkan ramai penduduk setempat selepas hidup semula setelah diisytiharkan m4ti. Didapati lelaki itu sengaja merekayasa kem4tiannya demi meni,pu penduduk.

Menurut Kompas.com, lelaki yang dikenali sebagai Urip Saputra, 40, sebenarnya cuba mereka berita kem4tiannya dengan bantuan isterinya kerana mahu mengelak daripada pemungut hutang.

Ketua P0lis Bogor, AKBP Iman Imanuddin berkata, ti,pu daya Urip terbongkar selepas polis meminta keterangan daripada beberapa saksi ketika lelaki itu dibawa menaiki amb,ulans.

Menurut keterangan pemandu am.bulan, Urip didapati masih hidup ketika dijemput di Jakarta Selatan dan meni,pu pemandu itu kononnya keranda yang akan dibawa ke dalam ambu,lan berkenaan adalah milik ahli keluarganya.

“Ketika pemandu amb,ulan itu beristirehat sebentar di kawasan berkenaan sebelum menghantar keranda tersebut, dia mendapati Urip sudah tidak ada di situ.

“Ternyata Urip sudah menyusup masuk ke dalam keranda itu sebelum dimasukkan ke dalam ambu,lans,” jelas polis.

Polis berkata, isteri lelaki itu ada menyebut perihal masalah hutang yang membelenggu mereka ketika dalam perjalanan menghantar keranda tersebut.

“Setibanya di Rancabungur, pemandu ambulans itu terkejut apabila mendapati Urip berada di dalam peti yang dibawanya.

Beli Keranda Kosong, Sewa Ambu,lans Sendiri

“Dia membeli keranda kosong di Jakarta Selatan atas alasan saudaranya mening,gal dunia di Rancabungur. Jadi ia bukan dari h0spital. Dia membeli keranda kosong itu sendiri dan kemudian menyewa ambu,lans,” jelas Iman.

Kisah Urip heboh diperkatakan apabila penduduk dan ahli keluarganya yang sudah bersiap sedia untuk majlis pengkebu,mian terkejut apabila melihat Urip masih hidup setelah keranda dibuka.

Video menunjukkan Urip bergerak-gerak dan masih bernafas ketika keranda dibuka ahli keluarga yang mahu melihatnya buat kali terakhir viral dan menjadi bualan warganet di Indonesia Jumaat lalu.

Menurut polis, sias,atan akan diteruskan selepas Urip selesai mendapatkan raw,atan.

Hutang Menggunung, Mahu Hidup Dengan Identiti Baru

Difahamkan, Urip meminjam wang daripada pejabat tempat kerjanya untuk membeli property dan keperluan peribadi lain. Disebabkan hutangnya yang sudah menggunung dan tak sanggup lagi membayar segala hutangnya, dia dan isteri mencari jalan, merancang dengan teliti mungkin supaya dia dipercayai sudah meningg,al dunia.

Rencananya, setelah semua pengunjung memberi penghormatan terakhir, dan rumah sudah sepi, dia akan menyelinap keluar dan lari, kemudian hidup dengan identiti yang baru.

Sepandai-pandai menyembunyikan helah, akhirnya terbongkar jua. Jauhilah sikap suka berhutang.

Sumber : Tribunnews/ Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *