Inilah Rahsia Di Sebalik 6 Bentuk Kening Dan Personaliti Individu

Rahsia Di Sebalik 6 Bentuk Kening Dan Personaliti Individu

Bentuk kening boleh melambangkan diri anda juga. Sekiranya anda mahu tahu, terdapat banyak bentuk kening yang boleh ditafsirkan personalitinya.

Ramai wanita yang menginginkan bentuk kening yang cantik sama ada tebal atau nipis. Ada juga yang melukis kening mereka supaya kelihatan cantik.

Kami akan kongsikan rahsia di sebalik enam bentuk kening dan personaliti anda menerusi artikel ini:

  1. Kening nipis
Sumber: The Zoe Report

Pemilik kening yang nipis ini biasanya suk4r untuk membuat keputusan sehingga meminta cadangan daripada pihak lain.

Mereka juga tidak suka mengambil risik0 sehingga mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

  1. Kening penuh
Sumber: Medium

Pemilik kening penuh atau lebat ini merupakan seorang individu yang aktif, percaya pada diri sendiri dan rajin berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan.

Selain itu, mereka tegas dan juga merupakan seorang yang bekerja keras. Pemilik kening penuh ini kebiasaannya dianggap garang oleh orang lain.

  1. Kening melengkung
Sumber: The Belmore Centre

Pemilik kening melengkung ialah seorang yang peramah dan mudah didekati oleh semua orang. Bukan sahaja pandai berkomunikasi, mereka juga fikir tentang orang lain dahulu berbanding diri sendiri.

  1. Kening tinggi
Sumber: Instagram @gigihadid

Pemilik kening tinggi ialah seorang yang cergas dan sangat memilih.

Mereka harus mempertimbangkan sesuatu sebelum membuat keputusan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Oleh itu, mereka tidak suka dip4ksa untuk membuat keputusan secara spontan dan terburu-buru.

  1. Kening panjang
Sumber: Treatwell

Pemilik kening panjang pula tidak mengalami kesukaran untuk menghadapi cabaran. Hal ini demikian kerana mereka suka menyelesaikan masaIah baik yang peribadi mahupun pekerjaan.

Mereka suka berdaya saing dan bekerja keras.

  1. Kening bersambung
Sumber: Fashion Lady

Pemilik kening bersambung ialah seorang individu yang suka berimaginatif dan gemar memerhati keadaan di sekeliling mereka.

Individu memiliki kening bersambung juga sering dianggap tegas dan garang walaupun mereka sebenarnya seorang yang peramah.

Sumber / Penulis:

Farah Adriana Md Azis adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.

Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *